Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Panas! FBI Siasat Persatuan Bola Sepak Argentina Berhubung Skandal RM1.4 Bilion

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia berhubung dakwaan salah laku kewangan dan penipuan bank.

Siasatan itu membabitkan aliran dana melebihi AS$300 juta (kira-kira RM1.4 bilion) yang disalurkan menerusi akaun perbankan di Amerika Syarikat bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur pengubahan wang haram atau penipuan wayar.

Menurut laporan media La Nacion dan Terra, pendakwa raya persekutuan serta ejen FBI sudah mula mengambil keterangan berkaitan operasi kewangan AFA di negara itu.

Siasatan tersebut difahamkan tertumpu kepada struktur perjanjian komersial antarabangsa AFA di bawah kepimpinan Tapia, termasuk hubungannya dengan TourProdEnter LLC, syarikat yang menguruskan kutipan dana bagi kontrak luar negara badan induk bola sepak Argentina itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat turut meneliti jejak transaksi melalui beberapa institusi kewangan termasuk Citibank, Bank of America dan JP Morgan.

Ketika skuad Argentina mencatat kemenangan 3-2 ke atas Mesir dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia, pasukan penyiasat dilaporkan mengadakan persidangan video selama tiga jam bersama usahawan Guillermo Tofoni di Miami bagi mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran Tapia dan Bendahari AFA, Pablo Toviggino.

Siasatan itu bertujuan menentukan sama ada transaksi kewangan berkenaan melanggar undang-undang persekutuan Amerika Syarikat, khususnya ketika Argentina melaksanakan kawalan mata wang yang ketat.

Artikel lain: Rai Kemenangan Argentina, Messi Hadiahkan Rakan Sepasukan 35 iPhone Emas

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap individu berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mengikut proses perundangan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa tindakan pihak berkuasa menjalankan siasatan awal tidak bermakna sebarang pertanggungjawaban atau kesalahan sudah ditentukan.

Setakat ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat belum memfailkan sebarang pertuduhan rasmi terhadap AFA atau mana-mana individu terbabit kerana pendakwa raya masih mengumpul bukti sebelum menentukan langkah seterusnya.

Dalam perkembangan sama, Tapia dilaporkan masih berada di Amerika Syarikat bersama skuad Argentina menjelang aksi suku akhir menentang Switzerland.

Sumber: terra

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd