Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pakar Psikiatri Rakyat Malaysia Dipenjara Lapan Tahun Dera Remaja Ireland Secara Seksual

Seorang pakar psikiatri kanak-kanak rakyat Malaysia dipenjara lapan tahun enam bulan oleh mahkamah Ireland atas kesalahan menjalankan aktiviti pengantunan seksual (child grooming) dan mendera remaja perempuan warga negara tersebut.

Memetik laporan media luar, Irish Times, Amirul Arif Mohd Yunos, 38, bekerja di klinik kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja di Clonskeagh, Dublin ketika kesalahan tersebut dilakukan tahun lalu.

Judge Orla Crowe said the offending in the case 'simply has to be marked with the imposition of a significant custodial sentence'. Photograph: Matt Kavanagh

Foto: Matt Kavanagh

Berdasarkan laporan, mangsa secara rasmi bukan pesakit Amirul Arif tetapi dikenali oleh keluarganya yang meminta bantuan lelaki itu untuk merawat anak mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden pertama berlaku ketika dia berusia 15 tahun dengan serangan seterusnya berlaku sehingga September 2023.

Amirul Arif dilaporkan mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 17 tahun, satu pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu pertuduhan bertemu kanak-kanak untuk tujuan eksploitasi seksual.

“Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, kini berusia 17 tahun, mengalami gangguan mental yang berterusan berikutan kejadian itu.
“Serangan bermula dengan sentuhan yang tidak wajar sebelum ia meningkat kepada seks oral dan penetrasi.
“Insiden tersebut berlaku di beberapa lokasi termasuk tempat kerjanya dan di dalam kereta,” lapor media berkenaan.

Pakar psikiatri warga Malaysia dera remaja Ireland secara seksual dipenjara

Foto: Carian Google

Dalam kenyataan oleh mangsa yang dibacakan di mahkamah oleh peguam pendakwa Derek Cooney BL, remaja itu berkata, penderaan tersebut meninggalkan trauma yang menyakitkan dan serius kepadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa menyatakan bahawa dia menyalahkan dirinya sendiri kerana berasakan bahawa dia ‘memulakan’ penderaan berkenaan dan ‘patut menerimanya’.

Mangsa juga berkata bahawa dia akan ‘selamanya meragui niat orang yang ingin membantunya’.

Klinik Psikiatri - Homecare24

Foto: Carian Google

Menurutnya, pelaku berkenaan ‘merampas sesuatu daripadanya yang tidak akan pernah kembali’ dan kini dia takut terhadap lelaki dan kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Orla Crowe berkata ia adalah “perkara yang sangat serius” dan kenyataan mangsa memberi kesan berterusan akibat perbuatan berkenaan.

Justeru, Crowe memutuskan tertuduh wajar menerima hukuman iaitu penjara lapan tahun setengah, bermula dari tarikh dia ditahan.

Difahamkan, pelaku adalah adik kepada individu berpengaruh di Malaysia.

Sumber: Irish Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd