Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aksi Riba Ketika Pandu Bas, Pasangan Dihukum Penjara Dan Denda RM10,000

Seorang bekas pemandu bas bersama teman wanitanya yang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas tular aksi berbahaya ketika memandu, dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret Jasin hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, Majistret Mazana Sinin memerintahkan Arif Fahmi Abd. Salam, 36, dipenjara 12 bulan manakala pasangannya Nur Adila Najwa Ilham Ameerullah, 21, dihukum enam bulan penjara.

Foto: Kosmo! Online

Kedua-duanya turut dikenakan denda RM5,000 setiap seorang, atau tambahan dua bulan penjara sekiranya gagal melunaskan bayaran.

Mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan mahkamah.

Mengikut fakta kes, mereka didapati melakukan perbuatan berbahaya ketika mengendalikan sebuah bas bernombor pendaftaran APE 9588, yang boleh mengancam keselamatan orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 12 April lalu.

Foto: Media sosial

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta penggantungan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, Nur Adila turut berdepan satu lagi pertuduhan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang penumpang wanita berusia 44 tahun sehingga mengganggu ketenteraman, kira-kira jam 6 petang di lokasi sama.

Bagi kesalahan itu, dia didenda RM100 atau 14 hari penjara jika gagal membayar.

Terdahulu, Arif Fahmi merayu hukuman diringankan dengan alasan telah kehilangan pekerjaan dan masih perlu memberi kerjasama kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut memaklumkan kesalahan itu merupakan yang pertama.

Foto: NSTP

Nur Adila pula memohon pertimbangan mahkamah dengan menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian serta usaha mencari pendapatan di Kuala Lumpur bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan hukuman setimpal wajar dikenakan memandangkan perbuatan tertuduh mengundang kebimbangan awam serta mempertaruhkan keselamatan 27 penumpang dalam bas berkenaan.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman berkuat kuasa serta-merta dari tarikh sabitan, selain mengarahkan lesen memandu kedua-dua tertuduh digantung selama lima tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Amran Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd