Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakai Inai Celup Tak Sah Bawa Solat, Ustazah Asma’ Harun Akhirnya Beri Penjelasan

Sejak akhir-akhir ini, ramai di kalangan wanita muslimah telah menggunakan inai celup yang dijadikan sebagai perhiasan pada jari jemari dan kuku untuk kekal cantik serta berseri malah, mahu meningkatkan keyakinan diri.

Bagaimanapun, majoriti wanita masih meragui mengenai pemakaian inai ini kerana dikhuatiri inai yang dibeli dari penjual tidak kalis air sehingga sukar untuk ditanggalkan dan sekaligus menyebabkan ibadah seseorang yang tidak sah.

Bagi menjawab persoalan yang sering membelenggu dalam fikiran para wanita, pendakwah wanita terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi penjelasan berkaitan soalan yang diajukan oleh seorang wanita menerusi laman akaun Facebook nya.

Ujarnya, sudah menjadi fitrah buat wanita yang suka memakai perhiasan selagi ia tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak mengenai hukum berhiasa bagi wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagi mana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.

Majoriti penjual produk inai menggunakan bahan campuran dalam menghasilkan produk inai serta diperkenalkan dalam bentuk inai picit, inai celup dan lain-lain. Sebahagian pengeluar produk inai mengiktiraf bahawa produk mereka merupakan produk yang halal.

Akan tetapi, ramuan yang digunakan haruslah halal, bebas kimia, bebas lemak khinzir dan bebas daripada bahan-bahan lain yang tidak halal. Bagi memastikan ibadah seseorang sah atau tidak, ia perlu dirujuk kepada jenis inai yang digunakan, sama ada ia bersifat kalis atau telap kepada air.

Malah, ujian terhadap inai tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu atau seseorang boleh membuat rujukan kepada JAKIM berkaitan produk inai yang digunakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya diyakini bahawa setelah pemakaian produk inai dan ia masih meninggalkan kesan berserta zatnya (selaput) pada mana-mana anggota wuduk dan mandi wajib khususnya kuku, maka dapatlah difahami bahawa sifat produk tersebut adalah kalis air.

Jika inai tersebut sifatnya kalis air dan masih berbaki zatnya walaupun setelah dilakukan usaha yang sepatutnya untuk menghilangkannya, maka anggota itu pada asasnya dikira sebagai terhalang daripada sampai air.

Sehubungan dengan itu, tidak sah segala ibadat yang ada kaitan dengan taharah seperti solat yang telah dilakukan sebelum ini. Ini adalah kerana antara syarat sah solat ialah bergantung kepada sahnya wuduk dan mandi wajib.

Justeru pemakai yang terlibat, wajib untuk menghilangkan cat yang ada pada kuku tersebut dan mengqada’ solat-solat yang telah didirikan selama inai tersebut masih berada di kuku si pemakai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesimpulannya, disarankan kepada semua pihak yang terlibat dalam isu ini agar berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu produk yang ingin digunakan. Sekiranya produk tersebut diragui kesuciannya, menyebabkan syubhah dan khususnya membawa kepada terjejasnya hal ehwal ibadat, maka adalah lebih selamat untuk meninggalkannya.

Sumber: Facebook (Ustazah Asma’ Harun)

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan...

Dunia

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang...

Spotlight

Bekas isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka difahamkan telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain kelmarin. Belum setahun menjanda Menerusi...

Lokal

Hari ini, salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Jamaludin Yahya mencadangkan kepada kerajaan supaya golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dikategorikan sebagai pesakit...

Advertisement