Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Operator Kren Terima Notis Berhenti Sebab Pergi ‘Berak’ Waktu Kerja

Seorang lelaki yang bekerja sebagai operator kren meluahkan rasa kecewa pabila dia menerima notis pembuangan kerja disebabkan membuang air besar waktu bekerja.

Menerusi laporan Kosmo, lelaki tersebut dikenali sebagai Edwin Adrian meminta pandangan orang ramai di laman Facebooknya mengenai situasi yang dihadapi ekoran tindakan majikannya itu yang jelas sekali tidak masuk akal.

https://www.facebook.com/edwin.arshavin.1/posts/pfbid04XCZ3LQRFCjDrApjFiJiyM3GvHG1QdWHdeJtgTRv76MXw3gBkE78myqzuuXDysh2l

“Ada sesiapa yang bekerja di Jabatan Buruh boleh tolong jelaskan kepada saya tentang perkara ini. Ada seorang jurutera nak buang saya tanpa sebab. Dia suruh saya berhenti kerja 31 Ogos ini (semalam) kira notis sebulan.
“Tapi mengikut perjanjian dalam syarikat itu, tempoh bekerja yang dinyatakan dalam kontrak adalah setahun. Bermula 12 Jun 2023 sehingga 25 Jun 2024.
“Apabila saya bertanya sebab-sebab saya diberhentikan, alasan yang diberi langsung tidak kukuh. Surat amaran apa semua tidak ada,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia dan majikannya sebelum ini mengalami salah faham sehingga berlakunya pergaduhan kecil antara mereka hanya disebabkan buang air besar ketika kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebenarnya pagi tadi (semalam) kami berdua ada selisih faham. Dia marah-marah di tempat kerja kerana saya membuang air besar ketika waktu bekerja.
“Bila saya sudah selesai urusan sebelum itu, dia suruh saya cari kerja lain sebab 31 Ogos (semalam) adalah hari terakhir saya kerja. Saya terus terkedu. Tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi begini,” kata lelaki asal Sabah itu.

Apa yang lebih menyedihkan, majikannya enggan untuk memberi surat tunjuk sebab bagi membuktikan punca dia diberhentikan.

Sumber: Kosmo!

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd