Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Tang Jie-Ee Wei Tewas Di Suku Akhir Kepada Korea Selatan

Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 gagal selepas tewas di peringkat suku akhir kepada pasangan Korea Selatan hari ini.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Menerusi laporan Berita Harian, pasangan nombor sembilan dunia itu dilihat sukar menghadapi gandingan nombor lapan dunia, Kim Won Ho dan Jeong Na Eun sebelum tewas 19-21,14-21 di Porte de La Chapelle Arena.

“Set pertama menyaksikan pasangan negara memberi tentangan sengit kepada Won Ho-Na Eun apabila saling mengutip mata.
“Namun, kecederaan yang dialami Ee Wei ketika kedudukan 9-11 menyebabkan rentak pasangan negara terbabit terganggu sebelum akur tewas 19-21 pada set pertama.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pasangan negara cuba bangkit pada set kedua namun rentak permainan yang dipamerkan mereka serba tidak menjadi hingga satu ketika ketinggalan 1-10,” tulis laporan tersebut.

Pasangan Won Ho-Na Eun terus-terusan melakukan serangan menjarakkan lagi kedudukan mereka di hadapan menyebabkan wakil negara tidak mampu membawa perlawanan ke set penentuan dan tewas dengan kutipan mata 14-21.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Namun begitu, Tang Jie-Ee Wei masih berbangga apabila berjaya sampai ke pusingan suku akhir walaupun ia merupakan penampilan pertama  mereka di pentas Olimpik.

Pasangan Korea Selatan tersebut  dijadualkan akan bertemu rakan senegaranya, Seo Seung-jae and Chae Yu-jung di pentas separuh akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Syazwan Msar)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd