Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

NRECC Komited Tangani Isu Jerebu, Pantau Kualiti Udara Dari Semasa Ke Semasa

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil tindakan hentikan aktiviti luar buat sementara waktu susulan kualiti udara dalam negara semakin merosot.

Menurut Menteri NRECC, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan ini selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang mana kualiti udara sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Foto: Harian Metro

Pemantauan ini dijalankan bagi memastikan NRECC dan agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana jerebu dapat bertindak dengan cepat dan responsif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara tindakan yang akan diambil bagi menangani isu jerebu ini ialah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang akan digerakkan oleh NADMA jika bacaan IPU melebihi 150 dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, semua aktiviti luar kelas akan diberhentikan jika bacaan IPU mencecah 100 dan penutupan sekolah, tadika dan taska serta-merta jika bacaan IPU mencecah 200.

“Ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) daripada KKM yang terpakai kepada semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Foto: The Borneo Post

“Selain itu, pelaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) juga akan dibuat jika perlu,” katanya.

Pada masa yang sama, NRECC juga melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mencegah insiden pembakaran terbuka dalam negara.

Hal ini kerana, terdapat kes kebakaran dalam negara melibatkan kawasan belukar tanah gambut berkeluasan 32 hektar (80 ekar) di Kota Tinggi, Johor, namun 70% kebakaran itu telah berjaya dipadam.

Foto: Berita Harian

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor juga telah memasang alat pemantauan kualiti udara di sekolah berhampiran iaitu SMK Pengerang Utama, Taman Bayu Damai, Punggai bagi cerapan kualiti udara atas arahan NRECC.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JAS juga telah diarahkan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka.
“Semua pemilik tanah disarankan supaya memantau secara rapi kawasan-kawa san yang mudah dan sering terbakar,” jelasnya.

NRECC melaporkan hanya stesen di Klang, Selangor yang mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 154, namun begitu trend kualiti udara sepanjang minggu di beberapa kawasan mencatatkan tidak sihat terutama di Semenanjung Malaysia disebabkan pergerakan asap jerebu.

Bagi mendepani krisis jerebu, orang awam diseru agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap kualiti udara di kawasan masing-masing.

“Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara yang tidak sihat,” ujarnya.

NRECC juga memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan jika disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd