Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nekad Lari Rumah, Budak 6 Tahun ‘Mangsa Dera’ Mungkin Cacat Fizikal -“Kakinya Bengkok”

Budak lelaki enam tahun mungkin cacat fizikal berikutan didera bapa kandung dan ibu tiri di Bahau, Negeri Sembilan.

Minggu lalu, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki berusia enam tahun nekad melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menjadi mangsa dera.

Artikel lain: Budak 6 tahun nekad lari dari rumah, tak tahan didera bapa kandung & ibu tiri

Artikel berkaitan: Kanak2 Dipercayai Mangsa Dera Ditinggal Tepi Jalan, Badan Ada Kesan Cedera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Budak 6 tahun mungkin cacat fizikal

Terbaharu, budak lelaki berkenaan dilaporkan berkemungkinan terpaksa membesar dalam keadaan tidak sempurna apabila giginya patah dan kaki pula bengkok.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibu mangsa mengenai keadaan anaknya yang didakwa pernah ditumbuk di bahagian muka sehingga menyebabkan gigi hadapannya patah.

“Dia (anak) mungkin terpaksa memakai gigi palsu. Kakinya juga bengkok sedikit. Saya tidak dapat memastikan punca sebenar kerana alasan pihak sana sentiasa berubah. Ada yang kata dia terjatuh basikal, namun ada pula yang cakap anak saya dipukul guna paip getah,”maklum ibu mangsa.
@mrshamkedah

Ya Allah Ya Tuhanku…. kau ampunilah dosa2 kami, dosa anak2 isteri kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa sahabat2 kami, dosa saudara2 kami dan dosa umat islam seluruhnya. Jadikan kami yg masih hidup ini menjadikan keutamaan kehidupan diakhirat lebih utama dari keperluan didunia, dan janganlah kami membesarkan dunia didalam diri kami… Aamiin yarabbal a’lamiin🤲🤲🤲#prayforadikwadan#kesderabudak#adikwadan#doaku#doabuatmudoasama²#support_me #supporteachother #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #zyxcba

♬ original sound – 🔰🔰𝓜𝓡 𝓢𝓱𝓪𝓶 𝓚𝓮𝓭𝓪𝓱🔰 – 🔰🔰𝓜𝓡 𝓢𝓱𝓪𝓶 𝓚𝓮𝓭𝓪𝓱🔰

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu kandung syukur anak makin pulih

Bagaimanapun, ibu mangsa berusia 26 tahun meluahkan rasa syukur kerana keadaan anaknya semakin pulih walaupun berjalan dengan kaki bengkok sedikit dan mungkin cacat fizikal.

Dalam perkembangan lain, laporan mengenai keadaan organ dalaman kanak-kanak berkenaan dijangka diketahui tidak lama lagi.

Kemudiannya, pihak terlibat akan membuat tindakan selanjutnya termasuklah melakukan pembedahan.

“Buat masa sekarang, anak saya perlu dipantau pasukan perubatan Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kecederaan dalaman.
“Perut anak saya juga keras dan membengkak. Dia mengadu sakit lepas makan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Doktor juga sudah membuat imbasan pada perutnya semalam (kelmarin),” ujarnya.

budak 6 tahun mangsa dera mungkin cacat fizikal

Difahamkan, kanak-kanak itu akan ditempatkan di wad selama dua ke tiga minggu bagi memantau keadaan semasanya. Ini termasuk fizikal, mental dan emosi kembali pulih sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudiannya akan dibawa pulang ke Sarawak selepas selesai menerima rawatan selain tidak akan berhubung dengan mana-mana peguam.

Sumber: Kosmo! 

Avatar
Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Sosial

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Sukan

Perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC semalam berakhir dengan layangan kad merah daripada pengadil kepada pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab. Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.