Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Nak Tukar Kerajaan Tunggu PRU, Bukan Langkah Sheraton” – Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan penukaran kerajaan hanya akan berlaku melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dan bukan menerusi Langkah Sheraton yang pernah terjadi pada Februari 2020 lalu.

Menerusi laporan Sinar Harian, beliau menganggap Langkah Sheraton merupakan malapetaka politik Malaysia yang hanya akan memberikan kesan buruk kepada negara.

Langkah Sheraton

Artikel lain: Pendedahan Hanya Buktikan Tun M Tak Ikhlas Bekerjasama Dengan DAP -Loke

“Langkah Sheraton merupakan malapetaka politik Malaysia. Kalau hendak tukar kerajaan, berkempenlah mulai sekarang untuk menang pilihan raya,” ujarnya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Mohamad memberitahu perkara berkenaan selepas diminta mengulas tindakan pihak pembangkang yang terus memainkan isu menukar kerajaan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru setahun berlalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, beliau turut yakin kerajaan yang terbentuk hasil daripada kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan terus bertahan sehingga PRU16 kelak.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad turut bersetuju dengan pandangan Mohamad mengenai isu tersebut.

Tegasnya, pertukaran kerajaan melalui cara ‘khianat’ hanya akan memberi impak buruk kepada negara termasuklah menyumbang kepada ketidakstabilan politik.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd