Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muslim Insiders Perkasa Landskap Perniagaan Patuh Syariah, Galak Ekonomi Islam

Muslim Insiders

Dewan Perniagaan Muslim Insiders (Muslim Insiders) mahu memperkasakan landskap perniagaan patuh syariah kepada usahawan-usahawan di peringkat pertengahan bagi menggalakkan ekonomi Islam dengan menguasai amalan pematuhan syariah.

Menurut Presidennya, Prof (Adj) Adam Richman, pemerkasaan amalan patuh syariah dalam perniagaan dilihat lebih lestari, mampan dan membantu usahawan mencipta perniagaan yang lebih berdaya tahan, kompetitif dan lebih kalis masa depan.

“Jadi, kita mahu memperkasakan syarikat-syarikat pertengahan ini sebelum mereka berkembang menjadi syarikat konglomerat, supaya mereka menjadi syarikat yang mengamalkan amalan operasi patuh syariah. Bukan hanya kerana tuntutan agama semata-mata.
“Ini juga terbuka kepada bukan Muslim, seperti yang kita tahu majoriti pengamal halal di negara kita adalah bukan Muslim. Jadi, kami mahu menggalakkan semua perniagaan untuk memperkasakan amlan patuh syariah dalam operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di acara National CEO Symposium 2025: Where Top Industry Leaders Coverage, yang berlangsung di Avante Hotel, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi KNKV Group, Senator Datuk Seri Dr. Hjh Zurainah Musa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, acara itu adalah sebuah simposium yang berfokus kepada sokongan kewangan, intelektual, serta kesedaran berkaitan keselamatan perniagaan dan prospek pasaran.

Simposium ini turut direka untuk memberi panduan yang lebih mantap kepada para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik dalam menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2025 yang diramalkan lebih mencabar.

Acara ini juga mendapat kerjasama daripada bank-bank utama serta organisasi terkemuka seperti CTOS, Great Eastern Takaful dan OCBC Bank.

Dalam masa sama, KNKV Group turut mengumumkan pelantikan Senator Datuk Seri Dr. Hjh Zurainah Musa sebagai Pengerusi baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KNKV Group dalam kenyataan berkata, pelantikan itu dijangka memberi nilai strategik kepada KNKV Group melalui pengalaman luasnya dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan serta memperkasakan usahawan dan sektor korporat di Malaysia.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd