Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Yassin Akan Didakwa Di Mahkamah Esok -Tan Sri Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Esok ke mahkamah

Memetik laporan dari Sinar Harian, Tan Sri Azam Baki memaklumkan hal tersebut setelah dihubungi dan mengatakan yang presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mungkin didakwa atas beberapa pertuduhan antaranya membabitkan kes dana ke atas parti tersebut.

“Besar kemungkinan esok beliau (Muhyiddin) akan didakwa atas beberapa pertuduhan antaranya membabitkan kes dana ke atas parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya.

Ujar beliau lagi, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan SPRM pada hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 11.10 pagi untuk membantu siasatan kes dana membabitkan parti berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) seperti Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir bagi memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

Dalam pada itu, perkarangan SPRM juga dihadiri oleh penyokong ahli parlimen berkenaan yang memakai baju putih sebagai simbolik kepada solidariti kepada beliau.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd