Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Selain Penjawat Awam, Skim Tidak Berpencen Turut Terpakai Kepada Lantikan Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan selain penjawat awam, pelaksanaan skim tidak berpencen turut terpakai kepada lantikan politik.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan itu dilakukan secara berprinsip dimana ahli politik yang dilantik memegang jawatan dalam Jemaah Menteri, menteri besar termasuklah wakil rakyat.

Skim tidak berpencen turut terpakai kepada lantikan politik

Artikel lain: Penjawat Awam Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

“Apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga bagi ahli-ahli politik.
“Maknanya kalau kita mula pada 1 Februari, semua kemasukan baharu itu… tidak berpencen, maka itu juga sama untuk (merangkumi) semua pelantik baharu ahli politik.
“Jadi ada orang kata mengapa tidak (termaktub sama ahli politik). Soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian jadi timbalan perdana menteri, itu menunjukkan perlembagaan kita boleh kani tetapi tak boleh kebelakangkan retrospektif.

“Untuk yang baharu kita boleh kaji. Saya ingat kita tidak ada masalah kita nak tukar penyesuaian ini.
“Jadi pada prinsipnya, saya bersetuju supaya apa saja keputusan yang dibuat untuk perkhidmatan awam terpakai bagi pelantikan politik tetapi dimuktamadkan setelah kajian dibawa dan Jemaah Menteri (akan) memutuskan,” katanya pada sidang media sebelum makan tengah hari di sebuah restoran di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak bermula 1 Februari sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenal bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Fahmy A Rosli)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd