Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dua Beradik Lemas: Bapa & Seorang Wanita Ditahan, Beri Keterangan Meragukan

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa baharu apabila  bapa mangsa dan seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan.

Tragedi dua beradik lemas kereta menggelongsor ke sungai

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan lelaki berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun itu ditahan selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ibu bapa dua beradik ditahan selepas keterangan meragukan

Kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Port Dickson di 06-6472222 atau pegawai penyiasat, ASP Husairin Che Hussin di talian 012-9654927.

Artikel lain: 2 Beradik Maut Kereta Jatuh Sungai: Niat Suami Isteri Infak Makanan Jadi Kenduri Tahlil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kejadian menyayat hati itu berlaku ketika kereta dinaiki mangsa bersama ibu bapa mereka diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan sebelum tiba-tiba menggelongsor ke dalam air.

Difahamkan, bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok, manakala ibu mangsa yang turut berada di dalam kenderaan berjaya diselamatkan orang awam.

Sumber: Berita Harian (Mohd Khidir Zakaria)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, selain turut membubarkan Kabinet pimpinannya susulan kes berkait isu pertikaian sempadan dengan Kemboja. Paetongtarn,...

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Aisar Khaled menyorot perhatian ramai apabila hadir ke majlis pengebumian seorang pemandu gojek, Affan Kurniawan, yang maut akibat digilis trak...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyampaikan rasa dukacita terhadap insiden yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal perkhidmatan e-hailing dalam kejadian demonstrasi berdekatan Bangunan Dewan Perwakilan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd