Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan sebagai bahan jenaka.
Menurut laporan BBC, akaun Weibo dan Bilibili milik Uncle Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng yang mempunyai kira-kira 400,000 pengikut digantung kerana telah melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan.
Difahamkan, akaun media sosial beliau digantung disebabkan oleh satu klip video dimuat naik di laman Twitter beberapa hari lepas. Dalam video tersebut, ia memaparkan beliau berseloroh dengan mengatakan; “Uncle Roger akan diharamkan”.
Bukan itu sahaja, dia juga menyoal seorang penonton berasal dari China sebelum memberi respons mengenai tindakan ‘Beijing’ melakukan misi pengintipan menerusi peranti teknologi mereka.
Uncle Roger about to get cancelled.
🎟️ Buy the FULL SHOW now to watch from home: https://t.co/ebzr06mDV9
Dropping June 4 on @momentworld pic.twitter.com/zmYtTp0tBh
— Nigel Ng (Uncle Roger) (@MrNigelNg) May 15, 2023
Malah, pelawak tersebut menjadikan isu pulau ‘Taiwan’ sebagai bahan jenaka selepas menemu ramai seorang lagi penonton.
Uncle Roger bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai penggantungan tersebut.
“Disebabkan beberapa sebab, klip video ini mendapat jumlah tontonan yang amat banyak sepanjang hujung minggu lalu. Saya tidak tahu kenapa,” katanya.
Untuk pengetahun, ini bukanlah kali pertama media sosial Uncle Roger ‘digantung’ oleh pihak berkuasa China memandangkan dia pernah mencetuskan isu mengenai resepi ‘dumpling’ dalam video kolaborasi bersama Youtuber, Mike Chen.
Pun begitu, pelawak berusia 32 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyatakan dia tidak peka akan pemikiran politik dan kenyataan salah mengenai China.
Sumber: BBC