Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

MP Kapar Risau Menu Rahmah Boleh Sebabkan Kanser & Autisme

Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali telah mengaitkan menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan mungkin boleh menyebabkan kanser dan masalah autisme.

Hal ini susulan penggunaan bahan masakan yang kurang berkualiti sehingga boleh menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.

Bimbang kualiti kurang terjamin

Memetik laporan dari Malaysiakini, Dr Halimah Ali mengatakan yang sebagai seorang  doktor perubatan, dia bimbang isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang dan didakwanya membingungkan kerajaan.

“Kita tak mahu shortcut (jalan pintas), kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality.
“Saya tidak ada masalah dengan istilah rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya,”katanya.

Ramai tak setuju

Susulan daripada dakwaan tersebut, seorang pengguna media sosial membidas kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS itu kerana merasakan apa yang diperkata tidak wajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Guris hati banyak pihak

Apa yang diucapkan oleh Dr Halimah itu juga telah mengguris hati sesetengah pihak yang mempunyai anak serta keluarga penghidap autisme.

Peniaga-peniaga yang turut memperkenalkan menu Rahmah di kedai makan mereka turut terasa dengan kenyataan tersebut seolah-olah mengatakan bahan masakan yang mereka gunakan tidak berkualiti.

Untuk makluman, menu Rahmah merupakan inisiatif dibawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan lengkap pada harga maksimum RM5.

Ia mengandungi hidangan yang dilengkapi karbohidrat dari nasi, protein seperti ayam atau ikan dan sayuran. Ia mula dilancakan KPDN pada 31 Jan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd