Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Monsun Timur Laut Dijangka Bermula November – METMalaysia

Sejak 24 September lalu, Malaysia masih berada dalam fasa peralihan monsun dan dijangka mengalami fenomena itu secara berterusan sehingga awal bulan depan.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, pihaknya menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) tetap berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologinya.

“Tarikh permulaan MTL tahun ini adalah pada awal November berdasarkan faktor klimatologinya dan tarikh permulaannya hanya diketahui selepas kriteria ditetapkan dipenuhi,” katanya.

Foto: Facebook Malaysian Meteorological Department

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) diarahkan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan berdepan MTL yang dijangka bermula akhir bulan ini berbanding ramalan awal minggu pertama November terutama di kawasan banjir termenung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, beliau berkata, kesiapsiagaan di pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dipertingkatkan khususnya dalam mendepani risiko banjir besar di kawasan dikenal pasti.

Ahmad Zahid berkata, MTL lazimnya berlaku pada minggu pertama November tetapi disebabkan perubahan cuaca terdapat kemungkinan ia bermula lebih awal, iaitu akhir bulan ini.

Foto: Berita Harian

Mengulas lanjut, Mohd Hisham berkata, secara amnya jangkaan taburan hujan yang bakal diterima kebanyakan negeri sepanjang MTL hingga Mac depan masih dalam julat purata.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun terdapat beberapa negeri dijangka menerima jumlah hujan di atas purata pada Disember ini membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak, utara Kelantan dan utara Terengganu manakala bahagian Pantai Barat, Kudat dan Sandakan di Sabah dijangka menerima hujan di atas purata pada Disember hingga Februari depan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan akan berlaku disebabkan luruan monsun dijangka dihadapi negara sepanjang MTL ini.

“Jadi, kehadiran luruan monsun ini akan sentiasa dipantau oleh METMalaysia dan amaran hujan lebat akan dikeluarkan apabila ia dijangka melanda negara dalam tempoh sehari hingga tiga hari sebelum ia berlaku,” ujarnya.

Mohd Hisham, perkara lazim berlaku semasa MTL adalah hujan lebat berterusan selama beberapa hari yang boleh mengakibatkan banjir besar khususnya di negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

“Orang awam dinasihatkan lebih cakna mengenai keadaan cuaca khususnya amaran cuaca buruk dengan mendapatkan maklumat cuaca dari METMalaysia yang dikeluarkan menerusi laman web rasmi Jabatan (www.met.gov.my), aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia (Facebook, Instagram, X dan Youtube) atau menghubungi talian Hotline 1-800-22-1638 untuk sebarang nasihat cuaca,” ujarnya.

Foto: Malaymail

Orang ramai disarankan untuk agar berhati-hati dengan perubahan cuaca dalam bulan-bulan yang akan datang kerana faktor klimatologi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Klimatologi adalah ilmu yang mempelajari iklim, iaitu keadaan cuaca yang dirata-ratakan selama jangka waktu yang panjang. Iklim dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti radiasi matahari, sirkulasi atmosfer, sirkulasi laut, topografi, vegetasi, dan aktiviti manusia.

Sumber: Berita Harian (Mahani Ishak)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd