Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Perkukuh Tatakelola Pengurusan, Pertingkat Program Integriti Demi Bendung Rasuah

Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhasrat untuk perkukuh tatakelola dan membendung isu salah laku terutama rasuah dalam kalangan warga kementeriannya.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini selari dengan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat menitikberatkan soal tadbir urus dan tata kelola yang baik.

MINDEF perkukuh tatakelola pengurusan dan pertingkat program integriti

MINDEF Perkukuh Tatakelola

Foto: Kosmo

“MINDEF menyahut seruan tersebut dengan menegaskan bahawa integriti adalah satu nilai baik yang tidak akan dikompromikan sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Integriti Nasional peringkat MINDEF 2024 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamed Khaled berkata, bagi menerapkan integriti, ia perlu disemai secara konsisten dan dijadikan amalan di semua peringkat serta disokong oleh persekitaran yang baik.

Susulan itu, MINDEF bakal memfokuskan kepada beberapa perkara bagi menyediakan persekitaran yang baik agar integriti dalam warga kementerian dapat disemai.

“Pertama, kita memerlukan sistem kerja, prosedur dan garis panduan yang jelas, kukuh dan tidak menyusahkan.
“Masalah integriti akan mula menyelinap masuk apabila wujud kerenah birokrasi yang menyusahkan semua orang. Baik kepada kita di dalam Kementerian mahupun menyusahkan masyarakat di luar sana,” ujarnya.

Selaras dengan komitmen itu, satu Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JPA) Peringkat MINDEF yang ditubuhkan pada 23 Ogos 2024.

“Penubuhan jawatankuasa ini selari dengan amanat Perdana Menteri yang menekankan bahawa proses kerja sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam adalah menepati kehendak pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya kecanggihan teknologi mesti dimanfaatkan dalam membudayakan integriti dan ia perlu diberikan perhatian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain sistem dalam talian, automasi dan pelbagai kelebihan perkomputeran serta reformasi digital, kita mesti mula menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi-teknologi terbaharu seperti big data analytics dan Kecerdasan Buatan (AI),” jelasnya.

Mohamed Khaled memaklumkan, MINDEF akan mencari jalan untuk melabur dan membangunkan keupayaan teknologi dan pendigitalan dengaan serius serta terancang.

Tambah beliau, prosedur yang utuh dan teknologi yang canggih sahaja belum cukup untuk mencapai integriti namun kesedaran mendalam tentang tanggungjawab dan amanah juga perlu disemai dan diperkukuh.

“Ketiga, sekali pun mempunyai prosedur yang utuh, teknologi yang canggih, kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab dan amanah mesti sentiasa disemai dan diperkukuh dalam kalangan kita.
“Kerana akhirnya, integriti itu adalah tentang sikap dan sifat manusia. Jadi, kita mesti membangunkan keutuhan dan nilai dalam diri setiap warga kita,” ujarnya.

Sambutan Hari Integriti peringkat MINDEF 2024 turut memberikan penekanan kepada beberapa perkara lain seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewangan serta pematuhan kepada arahan kerajaan yang berkuatkuasa.

Majlis perasmian turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang menyaksikan sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi melafaz ikrar itu dibaca di hadapan 450 warga kerja MINDEF, mewakili perkhidmatan awam serta perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis tersebut disusuli dengan sesi menandatangani ikrar oleh kedua-dua pihak di antara Ketua Setiausaha MINDEF serta Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disaksikan oleh Mohamed Khaled.

Sebagai galakan pembudayaan integriti secara kreatif dan inovatif, Sambutan Hari Integriti itu juga diselitkan dengan beberapa aktiviti.

Antara aktiviti yang berlangsung adalah Selfie Integriti, TikTok Integriti, Teka Silang Kata, Kuiz Kahoot yang telah berjalan sepanjang tempoh bulan November ini serta sesi tayangan integriti diadakan pada 13 November ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Lokal

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam....

Lokal

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd