Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Michelle Yeoh Banggakan Negara, Rakyat Malaysia Pertama Terima Trofi Globe Award

Tan Sri Michelle Yeoh yang merupakan pelakon kelahiran Perak dan mencipta nama Hollywood telah memenangi  trofi Golden Globe Awards sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah tersebut.

Ketepikan nama2 hebat

Menerusi laporan dari Kosmo! Michelle, 60 telah dianugerahkan trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemenangan beliau sekali gus telah mengenepikan nama-nama besar yang lain seperti Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson.

Bukan mudah masuk pasaran Hollywood

Pemilik nama sebenar, Michelle Yeoh Choo Kheng ketika ucapan kemenangannya mengakui bukan mudah untuk menembusi pasaran Hollywood dan ketika diawal kerjaya, ramai yang pelik mengapa dia fasih berbahasa Inggeris.

Saya ingat masa kali pertama saya jejakkan kaki di Hollywood, ia masih satu mimpi yang jadi kenyataan sampailah saya berdiri di sini.
Sebab, tengoklah muka saya sekarang. Saya datang sini dan diberitahu, ‘awak orang minoriti’. Saya macam, ‘no, that’s not possible’ (itu tidak mungkin)”
Saya cakap: Penerbangan ke negara ini (Amerika Syarikat) kira-kira 13 jam panjangnya. Jadi, saya belajar (bahasa Inggeris) dalam perjalanan ke sini,” ujarnya dalam ketawa.
Untuk makluman, Tan Sri Michelle Yeoh  merupakan anak kelahiran Perak yang mencipta nama di Hollywood. Beliau telah membintangi pelbagai filem antarabangsa antaranya  Crouching Tiger, Hidden Dragon.
Beliau turut  pernah berlakon dalam filem siri James Bond iaitu Tomorrow Never Dies pada tahun 1997.
Sumber: Kosmo! (Mohd. Haikal Isa), Twitter @goldenglobes

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd