Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MEXCOPT 2024 Fokuskan Agenda Pemerkasaan Kerajaan Tempatan -Nga Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming memaklumkan yang agenda pemerkasaan kerajaan tempatan menjadi fokus utama Mesyuarat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT) Tahun 2024.

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu mempengerusikan  (MEXCOPT) 2024 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berlangsung pada 23 Januari 2024 baru-baru ini.

Empat agenda utama yang diberi penekanan

Difahamkan, beberapa agenda dan fokus penting telah ditekankan oleh YB Kor Ming iaitu meliputi empat perkara:

  •  10 PBT rintis dipilih untuk menabahbaikan inisiatif baharu

Sebanyak 10  pihak berkuasa tempatan (PBT) rintis telah dipilih bagi cadangan penambahbaikan inisiatif baharu iaitu Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation bagi mengukuhkan kecekapan dan memperkemaskan proses serta prosedur One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus dan seterusnya mewujudkan keseragaman bagi semua PBT.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2024, KPKT menyasarkan pelaksanaan inisiatif baharu ini bagi 50 PBT merangkumi 20 PBT bertaraf bandar raya dan 30 PBT lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Transformasikan tandas awam seliaan PBT

Dalam usaha mentransformasikan tandas awam seliaan PBT agar bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW), KPKT sedang mempertimbangkan cadangan supaya lesen operasi tidak diperbaharui bagi premis yang gagal memperolehi sijil tandas bertaraf BMW.

Inisiatif ini dicadangkan untuk dilaksanakan terlebih dahulu oleh PBT bertaraf bandar raya pada tahun 2024 dimana ia merupakan langkah persediaan bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

  • Pembangunan EVCB

Dalam usaha pembangunan 10,000 buah petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) menjelang tahun 2025, KPKT memaklumkan bahawa Malaysia kini mempunyai 1,434 buah petak pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara.

Oleh itu beliau meminta kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan untuk mempergiat usaha dari segi perancangan dan kelulusan bagi pembangunan EVCB di PBT.

  • Perkenalkan Inisiatif MyKiosk MADANI

KPKT juga telah memperkenalkan Inisiatif MyKiosk MADANI bertujuan memulihkan dan meningkatkan tahap ekonomi penjaja dan peniaga kecil melalui penyediaan ruang niaga yang seragam di lokasi yang dibenarkan, selamat dan merupakan tempat tumpuan awam.

Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan di bawah Inisiatif Belanjawan 2024 untuk pelaksanaan MyKiosk 2.0 bagi tahun 2024.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

MEXCOPT sebagai platform eratkan Kerajaan Persekutuan & Negeri

Dalam pada itu, YB Kor Ming juga menyatakan yang sokongan dan komitmen tinggi daripada kesemua Exco-Exco negeri dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan diperlukan bagi memastikan agenda dan fokus KPKT dapat dijayakan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MEXCOPT) yang diadakan secara tahunan ini merupakan platform untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Kerjasama ini melibatkan hal – hal berkaitan aspek perumahan, kerajaan tempatan, pemantauan pelaksanaan dan prestasi program serta projek pembangunan KPKT di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Mesyuarat telah dihadiri oleh Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Negeri – Negeri dan wakil Jabatan Wilayah serta wakil Kerajaan Negeri merupakan satu bukti komitmen dalam memastikan perancangan dalam hala tuju Kerajaan Negeri bergerak seiring dengan Kerajaan MADANI demi semangat stronger together.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd