Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menyamar Jadi Pekerja Bangunan, Menara 118 Diceroboh Warga Asing Lagi

Beberapa minggu lepas, tular beberapa perkongsian daripada warganegara Rusia yang dipercayai telah menceroboh Menara 118 dengan menyamar menjadi pekerja bangunan.

Video pemandangan yang diambil di puncak Menara 118 itu telah dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Rakam masuk YouTube

Kali ini, tular lagi satu video warganegara asing yang melakukan tindakan sama dan memuat naik konten sewaktu berada di atas menara tersebut di YouTube.

Menerusi laporan dari Berita Harian, video berkenaan telah dimuat naik ke saluran driftershoots dan difahamkan dirakam pada 30 Disember yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Pakai jaket pekerja bangunan

Dalam video yang berdurasi 7 minit 18 saat itu terdiri daripada empat orang individu yang dua daripadanya dikaburi wajah.

Mereka dilihat menyelinap masuk untuk menceroboh dengan menggunakan jaket pekerja bangunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video itu lagi, mereka dilihat memotong jaring yang menghalang ke puncak menara sebelum bergerak menuju ke sana.

Sedar boleh dipenjarakan

Ujar mereka di dalam video, pendakian untuk memanjat video berkenaan adalah sesuatu yang sukar dan penuh cabaran.

mereka juga dilihat meraikan kejayaan memanjat Menara 118 di bilik hotel dan mengakui bahawa keberangkalian untuk mereka ditahan juga amat tinggi sewaktu melakukan misi tersebut.

“Beberapa percubaan telah berakhir dengan ada individu dipenjarakan, jadi kami sedar yang kami berdepan risiko besar.
“Ini berakhir dengan jayanya. Ia adalah satu hadiah untuk mengakhiri tahun 2022 dengan menunjukkan rakaman tersebut,” dakwa kumpulan itu.

Untuk rekod, sebelum ini pasangan dari Rusia yang dikenali sebagai a Angela Nikolau dan Ivan Beerkus telah memuat naik kejayaan mereka memanjat bangunan kedua tertinggi di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nikolau telah berkongsi perjalanannya yang menyelinap masuk dengan menyambar sebagai pekerja bangunan dan berhijau sebelum sampai ke puncak Menara 118.

Sumber: YouTube driftershoots

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Apabila emosi menguasai diri, manusia boleh bertindak di luar jangkaan sehinggakan boleh melakukan jenayah berat seperti membunuh tanpa mengira status mangsa. Malah, pada tahun...

Spotlight

Baru-baru ini, tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink dilihat berada di luar rumah bersama dengan ibunya...

Spotlight

Pelakon terkenal, Chris Hemsworth sememangnya menjadi lelaki idaman wanita dengan wajah tampannya meskipun sudah bakal berginjak usia 40 tahun. Malah, baru-baru ini menerusi hantaran...

Dunia

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang jemaah haji yang dipercayai berlaku di Indonesia meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat yang sudah berada...

Advertisement