Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mengejutkan! Gadis Malaysia Usia 18 Tahun Antara Peserta Program Pencarian Bakat K-pop

Seorang gadis Malaysia yang dikenali sebagai Alyssa telah menjadi bualan hangat ramai apabila dia telah diumumkan antara peserta program realiti televisyen terkenal, Universe Ticket terbitan SBS.

Menurut laporan Buletin TV3, program tersebut dilakukan untuk mencari bakat-bakat baharu bagi membentuk sebuah kumpulan K-pop generasi baru.

Difahamkan juga, Alyssa mempunyai minat yang mendalam mengenai dunia K-pop serta mengemari beberapa kumpulan Korea Selatan seperti fromis_9, EXO, NCT, THE BOYZ, Golden Child, aespa dan IVE.

Bukan itu sahaja, peserta dari negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Myanmar, Thailand dan Filipina turut terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, SBS mengumumkan program uji bakat ‘girl group’ pertama mereka, Universe Ticket, sebagai susulan program uji bakat sebelum ini seperti K-pop Star dan LOUD, yang melahirkan kumpulan lelaki TNX.

Dengan program pembangunan bakat yang unik, Universe Ticket menjemput gadis-gadis muda dari seluruh dunia yang mengimpikan untuk menjadi sebahagian anggota kumpulan K-pop.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter @Universe Ticket Updates

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd