Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mengaku Curi Barang RM108.18, Instafamous Dipenjara Sehari & Denda RM400

Seorang ‘instafamous’ dipenjara sehari dan didenda RM400 selepas mengaku bersalah mencuri barang berjumlah RM108.18 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Instafamous mengaku bersalah, curi barang

Memetik laporan Harian Metro, Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuan terhadap Rumaisyah Yahya, 31, atas tuduhan mencuri barangan. Antaranya adalah pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju di sebuah pasar raya.

Difahamkan, instafamous berkenaan membuat perkara tersebut di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang pada jam 4.30 petang, semalam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum. Malah, boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dipenjara serta dikenakan denda atau sebat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah turut memerintah instafamous berkenaan yang bekerja sebagai pengajar yoga dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.

instafamous curi

Artikel lain: Didakwa Curi Telur Untuk Anak, Polis Tampil Bantu Wanita Beli Barang Keperluan

Tertuduh dilaporkan telah mengambil beberapa barangan lalu dimasukkan ke dalam beg yang dibawanya.

Bagaimanapun, instafamous berkenaan tidak membuat sebarang bayaran sebelum ke bahagian lain dan keluar dari pasar raya tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya itu dan dia gagal mengemukakan resit pembelian,”menurut laporan.

instafamous curi

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Rhastdan Abdul Wahab memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

Ujarnya, ia merupakan kesalahan pertama (curi) yang dilakukan oleh instafamous berkenaan dan kesemua barangan diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja.

Katanya lagi, anak guamnya juga sudah insaf dan memohon agar mahkamah memberi peluang kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Namun, dia tidak membuat pembayaran bagi barangan itu sebelum ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.

Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya itu dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara dan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun.

“Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja.

“Anak guam sudah insaf dan mohon diberikan peluang kedua,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd