Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Majlis Resepsi Tular, Musa Hassan Selamat Kahwini Wanita Bernama Qistina Lim

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kembali menjadi sebutan warganet apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna laman Facebook, Tuan Asmawi Tuan Umar sejak malam tadi dipercayai berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor malam tadi.

https://www.facebook.com/tuanasmawi.id/videos/1496549391144317/

“Majlis resepsi Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim. Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” tulisnya menerusi beberapa hantaran.

Menerusi perkongsian tersebut, Musa dilihat mengenakan sut manakala isterinya tampil dengan persalinan gaun, kedua-duanya sedondon berwarna putih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/exad.hassan/posts/pfbid02Mxd8BojtR6NYzp9yitFzogw25fAweok1HCGVVqSqERyhGMCih5qgCmUwSNKBHeCZl

Pasangan merpati dua sejoli itu juga dirakam memberikan ucapan penghargaan kepada semua pihak selain mendendangkan lagu Kharisma Cinta nyanyian Rio Febrian serta Margaretta.

https://www.facebook.com/tuanasmawi.id/videos/2652288938262650/

Terdahulu, Musa didakwa mengalami pergolakan rumah tangga bersama isterinya Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil sebelum wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan tular video pertelingkahan antara sepasang suami isteri, abang kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan itu meminta orang ramai agar menghormati privasinya.

Sumber: Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar & Exad Hassan

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd