Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mahu Tingkatkan Kualiti Animasi, One Piece Umum Rehat Hingga April 2025

Siri anime terkenal ‘One Piece’ mengejutkan para peminatnya selepas umum siri itu bakal mengambil ‘hiatus’ atau ‘cuti rehat’ selama beberapa bulan sehingga April 2025.

Menerusi satu kenyataan di X, akaun rasmi One Piece iaitu Eiichiro_Staff telah memuat naik satu hantaran mengumumkan hiatus siri anime itu.

One Piece umum rehat hingga April 2025

Pada hantaran itu, mereka mengumumkan keputusan mengambil hiatus itu adalah untuk meningkatkan kualiti penghasilan animasi tersebut, terutamanya bagi arka Egghead.

Dalam pada itu, Eiichiro_Staff juga mengumumkan bahawa sebaik kembali dari hiatus, masa siaran siri anime itu yang sepatutnya setiap hari Ahad juga akan ditukar, namun maklumat penukaran itu belum dikeluarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi meningkatkan lagi kualiti, arka Egghead akan dihentikan buat sementara waktu sehingga April 2025. Selain itu, masa siaran juga akan ditukar selepas siri ini disambung pada April 2025.
“Kami akan kembali dengan kandungan yang lebuh menarik selepas tempoh rehat ini. Nantikan maklumat lanjut di acara Jump Fest 2025,” katanya menerusi kenyataan itu.

Beserta dengan pengumuman hiatus ini, satu video khas juga dikeluarkan yang memaparkan beberapa perkembangan besar yang bakal menemui peminatnya.

Sekadar info, One Piece merupakan siri televisyen anime Jepun yang dihasilkan oleh Toei Animation dan mula disiarkan di Fuji TV pada Oktober 1999.

Siri ini berdasarkan manga karya Eiichira Oda yang juga telah mencapai lebih daripada 1,000 episod sejak ia mula ditayangkan di Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Toei Animation turut menghasilkan 14 filem animasi, satu video animasi vidoe asal dan 13 siaran khas televisyen.

Manga One Piece yang ditulis dan dilukis oleh Eiichiro Oda mula disiarkan dalam majalah manga Weekly Shonen Jump sejak Julai 1997 dan masih berterusan hingga kini.

Sumber: X Eiichiro_Staff

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd