Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Anggap Dianiaya – “Ini Semua Fitnah”

Kompleks mahkamah di Petaling Jaya kecoh apabila bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tiba di lokasi menafikan dakwaan sekali gus menganggap dirinya sebagai mangsa fitnah, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, pasangan suami isteri yang berakhir tempoh reman hari ini tiba di lokasi  dengan memakai baju tahanan pada jam 9.30 pagi untuk prosiding lanjutan.

Foto: Harian Metro

Dengan kawalan ketat polis, bapa Zayn dilihat sempat menyatakan bahawa dia telah dianiaya sekali gus mendakwa tuduhan terhadapnya adalah fitnah semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya dianiaya. Ini semua fitnah!” katanya.

Situasi menjadi lebih tegang apabila beberapa lagi individu yang dipercayai ahli keluarga suspek turut menjerit sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan sebelum kedua-dua suspek dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Memandangkan masih berada pada tahap permohonan untuk siasatan, pihak media telah dilarang daripada mengikuti prosiding berkenaan.

Foto: NST

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Husein Omar Khan telah mengesahkan permohonan untuk melanjutkan tempoh reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak terbabit.

Pada 6 Disember tahun lalu, kanak-kanak tersebut telah ditemui tidak bernyawa di kawasan anak sungai berdekatan dengan kawasan Apartment Idaman Damansara Damai sekitar jam 10 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysia Kini

Hasil bedah siasatan, mangsa dipercayai telah dibunuh memandangkan pihak polis menemukan kesan pada leher dan tubuh Zayn sekali gus diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah.

Sumber: Berita Harian (Faris Fuad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd