Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Logo Rasmi Baru MUDA Kelantan Guna Tulisan Jawi, Tiada Kaitan Dengan Jelajah PN

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menjelaskan bahawa tulisan jawi yang tertera pada sepanduknya merupakan logo rasmi baharu cawangan tersebut dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN) di Negeri itu.

Menerusi laporan Astro Awani, MUDA Kelantan berkata, tulisan jawi adalah antara identiti di Kelantan serta penggunaannya sudah menjadi amalan biasa sejak sekian lama di negeri itu.

Foto: FB Parti Muda Malaysia

“Kebiasaannya tulisan jawi dipaparkan di sekolah agama, pusat tahfiz, surau dan masjid. Bezanya di Kelantan, ia dipaparkan menerusi papan tanda kedai, billboard dan juga poster iklan yang bersaiz kecil,” katanya.

MUDA Kelantan turut berkata, pihaknya menganjurkan Jelajah Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya ke Kelantan pada Rabu lepas bertujuan untuk memaklumkan proses rejuvinasi parti serta menyampaikan hala tuju MUDA sebagai kuasa ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Parti Muda Malaysia

“Amira Aisya turut berbuka puasa bersama beberapa pimpinan mahasiswa negeri Kelantan.
“Kemudian beliau meneruskan jelajah ke Mika Coffee sebagai panel utama dalam ‘Forum Kepimpinan Khadijah’ yang berteraskan kepada pemerkasaan wanita,” ujarnya.

MUDA Kelantan juga berharap bahawa proses rejuvinasi yang dilakukan parti tersebut dapat memberi kesan baik dan sekali gus merapatkan saf antara akar umbi dan kepimpinan negeri Kelantan.

Foto: FB Parti Muda Malaysia

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan itu sedang merancang bagi mengadakan siri jelajah seluruh negara di setiap negeri bersama dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan keputusan itu dibuat atas dasar sokongan meskipun tidak menyertai PN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Pia Ernadya)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Spotlight

Selebriti popular Korea Selatan, T.O.P BIGBANG dikhabarkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk tetapi nekad meneruskan sesi penggambaran bagi drama bersiri Netflix Squid Game 2....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd