Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lisa Bonet Berpisah Dengan Jason Momoa Selepas 18 Tahun Bersama

Perkahwinan bintang Hollywood Jason Momoa berakhir apabila isterinya, Lisa Bonet memfailkan penceraian sekaligus berpisah dengan pelakon filem ‘Aquaman’ itu selepas 18 tahun bersama.

Penceraian itu sah selepas beberapa jam difailkan dan kedua-dua pelakon itu sebulat suara bersetuju berhubung hak penjagaan anak selain akan membahagikan aset mereka, lapor Los Angeles Times.

Lisa Bonet berpisah dengan Jason Momoa

Menurut dokumen baharu daripada mahkamah yang disiarkan kepada media, Bonnet dan Mamoa bersetuju untuk bersama-sama menjaga anak mereka.

Pada dokumen itu juga tertulis bahawa pasangan tersebut telah memeterai perjanjian penyelesaian perkahwinan secara bertulis pada 5 Januari 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Majlis Mempelai Diraja Brunei Diserikan Dengan Keindahan Istiadat Berbedak

“Berdasarkan pembahagian aset dan pendapatan yang dipersetujui oleh pihak-pihak dalam [penyelesaian], pihak-pihak hendaklah berkongsi perbelanjaan hidup anak-anak di bawah umur dan kedua-dua pihak tidak perlu membayar nafkah anak kepada pihak yang lain.
“Jika anak di bawah umur, atau salah seorang daripada mereka sedang melancong atau bercuti dengan salah satu pihak, maka pihak itu bertanggungjawab ke atas perbelanjaan anak-anak untuk perjalanan tersebut,” kata dokumen itu.

Sementara itu, dokumen berkenaan juga menyatakan bahawa pasangan terbabit telah menolak hak untuk mendapatkan atau menerima wang sokongan daripada satu sama lain.

Perkahwinan mereka akan berakhir secara rasminya pada 9 Julai ini selepas tempoh menunggu selama enam bulan mengikut undang-undang California.

Sebelum ini, kedua-dua pelakon Hollywood itu terlebih dahulu mengumumkan telah berpisah pada tahun 2022 bagi mengelakkan sebarang kontroversi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, mereka berkahwin pada Oktober 2017 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Lola Iolani Momoa, 16, dan Nakoa-Wolf Manakauapo Namakaeha Momoa, 15.

Sumber: Los Angeles Times

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Nasional

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamaed Khaled bin Nordin telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Faedah Ganjaran Hilang Upaya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd