Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Teruna Kurung Diri 55 Tahun Sebab Fobia Dengan Wanita

Seorang lelaki teruna kurung diri sendiri selama 55 tahun gara-gara fobia jantina lain mendekatinya sehinggakan sanggup membina pagar setinggi 15 kaki (4.6 meter) di rumah.

Menurut laporan Daily Star, lelaki yang dikenali sebagai Callitxe Nzamwita, 71, mendedahkan dia mempunyai perasaan takut kepada jantina lain dan mahu menjauhkan diri daripada orang ramai.

Lelaki teruna kurung diri

Artikel lain: Motivasi Kurus, Kekasih Hadiahkan Emas Selepas Berjaya Turunkan Berat

Bukan itu sahaja, dia terpaksa mengurungkan diri disebabkan terlalu takut dengan wanita hadir ke kediamannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, wanita tempatan yang tinggal berdekatan akan sentiasa memastikan lelaki tersebut mendapat bekalan makanan demi meneruskan kehidupan.

“Sebab saya mengurung diri di dalam sini dan mempunyai pagar di rumah saya adalah kerana mahu memastikan wanita tidak akan mendekati saya,” kata Callitxe.

Malah, salah seorang wanita yang enggan dikenali meluahkan rasa pelik dengan sikap Callitxe yang tetap menerima makanan daripada wanita namun sentiasa menjauhkan diri.

“Peliknya, walaupun dia takut wanita, kamilah yang membantunya mendapatkan makanan dan beberapa perkara yang dia perlukan. Apabila anda cuba membantunya, dia tidak mahu kami mendekati atau bercakap dengannya.
“Sebaliknya, kami memberinya barang dengan melemparkannya ke dalam rumahnya, dan kemudian dia datang dan mengambilnya. Dia tidak membenarkan kami mendekatinya, tetapi dia masih mengambil apa yang kami tawarkan dari jauh.” ujarnya.

Difahamkan, Callitxe dipercayai mengalami gynophobia, ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita sehinggakan mengalami simptom panik, sesak di dada, berpeluh banyak, degupan jantung yang cepat, dan mengalami kesukaran bernafas.

Sumber: Daily Star (Ewan Gleadow)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd