Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Sujud Syukur, Timang Zuriat Selepas 23 Tahun Berkahwin

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki dari Algeria sujud syukur atas kelahiran anak perempuannya yang dinanti selama 23 tahun sepanjang mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @islamicfreedom di laman X, kelihatan seorang ayah berada di sebuah hospital menyambut kelahiran zuriatnya itu.

“Momen yang indah, pasangan dari Algeria timang zuriat perempuan selepas 23 tahun penantian,” ujarnya menerusi kapsyen.

Netizen bersyukur

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada pasangan tersebut yang sabar menanti anak selama 23 tahun.

Tahniahhh!

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi dan bahagia selalu.

Sumber: X @islamic freedom

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd