Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Dipercayai Khayal Pandu Melulu, Punca Kemalangan Tiga Kenderaan

Seorang lelaki dipercayai khayal di bawah pengaruh dadah sehingga memandu secara laju dan berbahaya lalu mengakibatkan kemalangan babit tiga buah kenderaan di jalan Bertam 2/3 Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

Sebelum kejadian itu, kereta Honda Accord yang terlibat telah dikejar oleh unit kereta peronda (MPV) polis sejauh empat kilometer, bermula dari kawasan Jalan Puspakom Taman Daya, menuju ke Lebuhraya Pasir Gudang.

Dalam usaha melarikan diri, suspek telah melanggar dan merosakkan palang keselamatan sebuah pangsapuri awam di kawasan Mount Austin, Johor Bahru.

Lelaki dipercayai khayal pandu melulu

Foto: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, memaklumkan kejadian berkenaan berlaku ketika anggota unit MPV yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah Jenayah pada sekitar jam 11.40 pagi mengesan kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau menjelaskan bahawa apabila pemandu lelaki tempatan berusia 39 tahun itu diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, dia bertindak melarikan diri dengan memandu secara zig-zag.

Foto: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

“Tindakan lelaki terbabit telah menyebabkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Mazda 3 berdaftar di Singapura, Proton Saga dan Peugeot 408.
“Seorang daripada pemandu kereta yang terlibat mengalami kecederaan ringan di siku kanan dan menerima rawatan di klinik swasta manakala lelaki terbabit bersama pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Foto: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek akhirnya berjaya dan hasil pemeriksaan ke atasnya, pihak polis menemui sejumlah dadah, termasuk 12.99 gram syabu, 13.59 gram heroin, tiga biji pil yaba, dan dua biji pil erimin 5.

Menurut Raub Selamat, suspek didapati positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamina selain mempunyai 16 rekod lampau berkaitan kes jenayah serta  dadah.

Foto: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Kes disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang, termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek mendapati bahawa nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu, cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh, dan suspek juga tidak mempunyai lesen memandu.

Foto: Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Artikel lain: Gadis Sedang ‘Khayal’ Langgar Rider Wanita, Sempat Tukar Urine Dengan Air Biasa

Rakaman video kejadian yang turut tular di media sosial menunjukkan seorang anggota polis sedang meminta suspek untuk keluar daripada keretanya, menambah lagi keterujaan orang ramai terhadap insiden tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin), Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd