Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki ‘anjing jadian’ cari pasangan hidup – “Kongsi minat yang sama seperti tinggal dalam sangkar”

Seorang lelaki di Jepun yang cukup terkenal sebagai seorang anjing dengan memakai kostum haiwan kini sedang mencari pasangan hidup.

Bagi yang belum mengenali, pemuda bernama Toco itu menjadi terkenal di negara matahari terbit itu selepas kegigihannya menjadi seeor anjing baka Collie yang sebenar.

Malah, dia juga sanggup menghabiskan hampir RM80,000 bagi memastikan dirinya kelihatan seperti seekor anjing. Dia juga pernah menyatakan memasang impian untuk menjadi haiwan sejak kecil lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki ‘anjing’ cari pasangan hidup

Kini, lelaki berkenaan menyatakan hasratnya untuk mencari pasangan hidup yang juga seorang therian iaitu mereka yang berbeza daripada manusia seperti dirinya.

“Saya fikir, ia adalah bagus sekiranya mereka ini (wanita therian) wujud. Saya mahu berjumpa mereka.
“Calon teman hidup ini mestilah berkongsi minat yang sama seperti tinggal di dalam sangkar dan berjalan sambil dipimpin manusia,”ujarnya.

lelaki anjing cari pasangan hidup

Sementara itu, dia yang tidak pernah mendedahkan nama sebenar meluahkan rasa sedih sekiranya orang ramai memikirkan dirinya bernafsu terhadap haiwan.

“Saya sedih apabila orang ramai memikirkan hal itu (hubungan intim). Saya pencinta haiwan dan saya seronok menyamar dan menjalani kehidupan sebagai seekor anjing berbaka Collie.
“Ini adalah hobi saya, jadi saya akan teruskan ia. Ia boleh membuatkan saya gembira, begitu juga dengan orang lain turut terhibur,”ujarnya.

Sumber: Daily Star, YouTube I want to be an animal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd