Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Laporan Awal Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar Siap Dalam 30 Hari

Laporan awal sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada 13 Februari 2024 akan disediakan dalam tempoh 30 hari.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan ketetapan yang telah digariskan oleh Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (Annex 13 ICAO).

Jelasnya lagi, laporan penuh akan disiapkan sepenuhnya selewat-lewatnya 12 bulan daripada insiden tersebut.

“Susulan daripada kemalangan udara itu, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan mulai tarikh kejadian udara tersebut,”katanya lagi.

Pesawat Ringan Terhempas

Sumber Foto: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan menyelamatkan nyawa, selain mengelakkan kemalangan yang sama berlaku pada masa hadapan.

Menurut kenyataan, pesawat berkenaan mempunyai pensijilan kelayakan terbang (airworthiness certification) yang sah di bawah European Union Aviation Safety Agency (EASA) sewaktu berlakunya kemalangan.

“Berdasarkan siasatan awal, pesawat yang memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik S.p.A yang merupakan sebuah syarikat Itali.
“Sky Media Ltd yang merupakan sebuah syarikat Hong Kong pula bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara,”jelas kenyataan.

Pesawat Ringan Terhempas

Artikel lain: Dua Penumpang Termasuk Juruterbang Dalam Pesawat Terhempas

Difahamkan, Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST) telah melantik juruterbang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I-POOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah pesawat telah terhempas dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar.

Malah, pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu dikatakan tidak mempunyai kotak hitam, tanpa kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).

Sumber Foto: Carian Google

Pesawat ringan dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang jam 1.28 tengahari untuk penerbangan rekreasi dengan hubungan terakhir kepada pegawai kawalan trafik udara dilaporkan jam 1.35 tengah hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nahas itu mengorbankan juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.

 

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd