Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lama Pendam, Nine Naphat Mengaku Dah Luah Perasaan Pada Baifern

Beberapa hari lalu, kecoh dia media sosial setelah pengacara, Kanchai membocor rahsia mengenai hubungan antara dua selebriti terkenal Thailand iaitu Nine Naphat dan Baifern Pimchanok.

Kanchai memberitahu, teka-teki peminat sama ada Naphat dan Baifern adalah pasangan kekasih atau tidak kerana dilihat sangat serasi, berkemungkinan bertukar menjadi kenyataan.

Spekulasi percintaan mereka berdua timbul apabila Baifern dilihat hadir bersama memeriahkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran ibu kepada Naphat, selain mengikuti media sosial ahli keluarga masing-masing.

Bukan itu sahaja, bahkan, Naphat sering berkongsi foto kemesraan mereka berdua sewaktu pergi ke Milan, Itali bersama-sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan Thairath, Naphat akhirnya mendedahkan dia sudah lama menyukai Baifern dan baru sekarang berani untuk confess perasaan.

“Sebenarnya ia baru sahaja bermula, tetapi saya sudah lama menyukai dia. Tapi saya tak tahu nak buat apa. Jadi, saya pergi bertanya dengan Kanchai tentang apa yang perlu dilakukan. Saya cuba buktikan saya sukakan dia, tapi dia (Baifern) tak pandang saya,”ujarnya sambil tersipu malu.

Naphat berkata, hubungan dia dan Baifern sangatlah istimewa dan tidak dapat dijumpai di mana-mana lokasi.

“Saya sentiasa mahu wanita ini sentiasa berada di sisi. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup, hanya dia,”luahnya dengan nada romantis.

Dalam pada itu, Naphat berterima kasih kepada Kanchai kerana memberikan dia cadangan untuk meluahkan perasaan kepada Baifern setelah hampir 5 tahun memendam perasaan.

Katanya lagi, disebabkan cadangan Kanchai itu dia memberanikan diri untuk menelefon Baifen dan seterusnya meluahkan perasaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa lega dan berterima kasih atas cadangan tersebut. Ia adalah perasaan sebenar. Saya telah melangkaui batasan sebagai sahabat. Apa yang akan terjadi? Saya tidak pasti, cuma saya sukakan dia.
“Saya dah beritahu dia. Seterusnya biarlah dia membuat keputusan,”jelas Naphat.

Sementara itu, aktor berusia 26 tahun itu memberitahu dia tidak akan sesekali menyerah kalah dan akan terus memikat Baifern sekiranya luahan hati tersebut ditolak.

Katanya lagi, mereka berdua masih belum berjumpa dan berbincang sejak dari hari pertama dia meluahkan perasaan. Dan, Naphat akui dia berasa sedikit malu sekiranya berjumpa dengan Baifern ekoran tindakannya itu.

Disoal mengenai salah satu sebab dia tertarik dengan Baifern, Naphat mengatakan dia sendiri tidak tahu.

“Saya tak tahu kenapa saya suka dia sangat. Mungkin apa yang saya suka adalah dia merupakan seseorang yang peduli akan perasaan orang lain kecuali perasaan saya sendiri.
“Tak mengapa, saya okey sahaja dan boleh jaga diri sendiri,”ceritanya lagi.

Bagaimanapun, Baifern masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai hubungannya dengan Naphat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Thairath

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hari ini, salah seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Jamaludin Yahya mencadangkan kepada kerajaan supaya golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dikategorikan sebagai pesakit...

Spotlight

Isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli mendedahkan suaminya pernah mengkritik dan menegur soal penampilannya yang dikatakan ‘selekeh’ terutama memakai purdah. Inara mendedahkan perkara tersebut...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila terdapat pihak melabelkan dirinya sebagai seorang kafir, kurang berilmu dan...

Spotlight

Disebabkan permintaan yang tinggi, penganjur Live Nation Malaysia berkemungkinan konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditambah sehari...

Advertisement