Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kunjungan Dua Kapal Latihan Dari China Hanya Lawatan Silaturahim – Exco Pulau Pinang

Dua buah kapal latihan dari China yang membawa pelajar Naval University of China dikatakan membuat kunjungan silaturahim ke Pelabuhan Pulau Pinang mengikut prosedur rasmi yang ditetapkan.

Foto: The New Straits Times

Menurut laporan BERNAMA, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai mengesahkan kehadiran Pegawai Residen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang dalam kunjungan atas kapal pelatih Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu bersama pemimpin kerajaan negeri sebagai tetamu.

“Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) di sini pula adalah atas hubungan pelajar ke pelajar termasuk mengadakan aktiviti bersukan dan kebudayaan.
“Kunjungan itu diuruskan oleh Pejabat Konsulat General China di Pulau Pinang dan dua kapal pelatih berkenaan berlabuh selama tiga hari serta telah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh,” kata Hon Wai.

Hon Wai berkata, kunjungan itu perlu dilihat secara positif memandangkan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China yang sering mengadakan lawatan pemimpin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua kapal tersebut sedang dalam perjalanan ke Bangladesh dan hanya berlabuh seketika di Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan bahawa kunjungan kapal laut asing ke pelabuhan Malaysia adalah perkara biasa dan sentiasa mematuhi protokol yang ditetapkan.

Wong turut menafikan dakwaan negatif yang disebarkan di media sosial mengenai lawatan tersebut.

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, lawatan pada Sabtu lalu yang melibatkan seramai 1,000 pelatih tentera laut China menaiki Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal Jinggang Shan.

Kontinjen pasukan ke-83 PLA bersama pelatih-pelatihnya diberi peluang mengenali kawasan menarik di sekitar pulau ini di samping berinteraksi dengan penduduk setempat.

Namun begitu, kehadiran mereka dalam sebuah majlis di institusi persendirian Chung Ling telah mengundang kontroversi setelah rakaman tersebar luas di media sosial.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd