Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Video Tular Anak Didakwa Tarik Tudung Ibu, Acu Objek Tajam Depan Pejabat Zakat

Video memaparkan seorang lelaki didakwa mengugut seorang wanita menggunakan objek dipercayai senjata tajam di hadapan pejabat zakat di Kuala Muda menjadi tular di media sosial, dengan kejadian itu kini berada dalam perhatian pihak berkuasa.

Pihak Zakat Kuala Muda sahkan kehadiran individu tular

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin mengesahkan pihaknya telah dikunjungi polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Menurut beliau, urusan melibatkan kedua-dua individu itu di pejabat zakat sebelum kejadian berjalan lancar tanpa sebarang masalah, selain berharap apa yang berlaku hanyalah salah faham.

“Lelaki berusia 30-an itu sebenarnya anak tunggal kepada wanita berusia 50-an yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) mental.
“Kehadiran kedua-dua beranak ke pejabat zakat hari ini bertujuan menghantar sebut harga bagi kerja-kerja membaiki rumah mereka di Kampung Segantang Garam, Merbok yang akan kami mulakan tidak lama lagi,” jelasnya.

Foto: Sinar Harian

Rakaman tindakan kasar lelaki ke atas warga emas

Menerusi rakaman yang tular, lelaki terbabit dilihat memegang objek dipercayai tajam sebelum mengarahkan ibunya membonceng motosikal.

Dia juga didakwa menarik tudung wanita berkenaan sehingga wanita itu akur mengikut arahannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas dakwaan berlaku kekasaran, Ahmad Mustaqim berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis memandangkan difahamkan satu laporan telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Beliau turut memaklumkan pihak zakat akan meneruskan bantuan kepada keluarga berkenaan termasuk membaik pulih kediaman mereka yang serba daif.

“Berhubung bantuan yang akan diberikan, Zakat telah bersetuju untuk membaik pulih rumah mereka yang serba kekurangan dengan menyediakan dua bilik, ruang dapur dan tandas memandangkan sebelum ini tiada kemudahan berkenaan… kita telah dua kali turun ke rumah mereka. Semalam saya sendiri melawat dan mereka layak.
“Selain bantuan baik pulih, pemantauan juga akan dilakukan dari masa ke semasa selain meminta penolong amil di kawasan berkenaan menasihati dan memantau bagi memastikan keluarga ini sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber: Thread, Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd