Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Tiada Perbincangan Perluas Program Pasca Siswazah Di UiTM Kepada Bukan Bumiputera

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa tiada perbincangan dibuat mengenai cadangan memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kepada mahasiswa bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM), setakat ini.

Menurut satu laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, terdapat beberapa perkara asas yang perlu ditekankan sebelum membuat pertimbangan cadangan berkenaan menerima pelajar bukan Bumiputera bagi program berkenaan.

Foto: Bernama

“Kita belum bincangkan perkara ini, selain tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan berkenaan. Penting untuk kita selesaikan beberapa isu asas sebelum membincangkan cadangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Suara Anak MADANI di Dataran Kuala Kubu Bharu, Selangor semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zambry berkata, kerajaan komitmen untuk mencari penyelesaian terbaik selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan bertanggungjawab mengetuai usaha menyelesaikan isu tersebut.

Terdahulu, Profesor Fakulti Perubatan UiTM, Dr Raja Amin Raja Mokhtar didakwa mencadangkan memperluas program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kendaliannya kepada doktor pelatih bukan Bumiputera sebagai penyelesaian isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ pembedahan kardiotoraks yang tidak diiktiraf.

Foto: UiTM 

“Program latihan ‘parallel pathway’ pembedahan kardiotoraks UiTM-Institut Jantung Negara adalah satu-satunya yang ditawarkan di negara ini,” ujarnya.

KKM juga mengumumkan Program Parallel Pathway (PPP) akan diberi pengiktirafan selain bercadang agar Kabinet menyegerakan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi tujuan tersebut pada 2 April, kemudian pada 19 April, KPT dan KKM telah bersetuju untuk menyelesaikan isu PPP bagi pakar perubatan dalam negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd