Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Pertimbang Cadangan Laksana SPM Di Luar Musim Tengkujuh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan cadangan untuk menukar waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di luar musim tengkujuh.

Foto: Kosmo! Online

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian akan mengkaji dengan mendalam sebarang cadangan yang melibatkan kebimbangan masyarakat.

Beliau menjelaskan bahawa jadual semasa SPM pada hujung tahun ini menghadapi cabaran cuaca seperti hujan dan banjir yang mungkin mengganggu pelaksanaan peperiksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“SPM ketika ini jadualnya begitu iaitu pada hujung tahun. Kita berdepan dengan cuaca (hujan dan banjir). Jadi, perkara itu (cadangan menukar waktu SPM) turut diambil kira.
“Tiada masalah (untuk melaksanakan cadangan) dan KPM akan perhalusi perkara itu. Kita akan lihat dari masa ke semasa kerana ia merupakan kebimbangan besar masyarakat (peperiksaan SPM semasa musim tengkujuh),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan calon SPM yang terjejas akibat banjir di tiga negeri masih menunjukkan semangat yang tinggi untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Foto: BERNAMA

Para pelajar ini tetap bersedia mengambil ujian lisan Bahasa Melayu walaupun menghadapi pelbagai kesukaran di pusat pemindahan sementara.

Cabaran seperti kehilangan alat tulis, buku rujukan, dan persekitaran yang tidak kondusif tidak mampu melumpuhkan tekad mereka untuk berjaya dalam peperiksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Ayman Ghaffa)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd