Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Perkenal Program Intervensi Kurikulum Beri Tumpuan Penguasaan Literasi, Numerasi Dan Pembentukan Karakter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Program Intervensi dan Numerasi bagi mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid tahun 1 bermula pada sesi akademik 2024/2025.

Menurut satu kenyataan rasmi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM mengambil pendekatan untuk melihat ke hadapan, terutamanya dalam rangka persediaan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Foto: Buletin TV3

“Kurikulum adalah bersifat dinamik dan progresif serta memerlukan proses penambahbaikan dari semasa ke semasa agar seiring serta relevan dengan keperluan masa kini dan akan datang,” katanya.

Beliau juga berkata, KPM menghargai keprihatinan dan pandangan ibu bapa serta masyarakat terhadap kurikulum persekolahan sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPM juga memandang serius terhadap kegusaran yang diutarakan seperti aras kurikulum yang tinggi, kandungan kurikulum kurang sesuai dengan usia murid, pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sukar difahami dan ibu bapa tiada akses untuk mendapatkan pelaporan PBD,” ujar beliau.

Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Fadhlina turut memberitahu bahawa KPM telah mengambil beberapa inisiatif bagi melaksanakan intervensi baru yang akan dilaksanakan pada sesi akademik 2024/2025 nanti.

Antaranya ialah KPM telah menyediakan Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi Ketiga bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap I yang akan digunakan mulai Sesi Akademik 2024/2025.

“Penjajaran kurikulum ini melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap Satu sedia ada.
“Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi Ketiga ini disediakan sebagai pilihan kepada guru dalam pelaksanaan kurikulum sekolah rendah dan boleh digunakan bersama-sama Modul Bimbingan Sains dan Matematik Tahap I,” ulasnya.

Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPM juga melakukan pengesanan literasi dan numerasi murid Tahun Satu untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca dan mengira) setelah murid mengikuti persekolahan selama tiga bulan.

Sementara itu, laporan tahap penguasaan PBD dipermudahkan manakala pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi semua mata pelajaran akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

“Pelaporan PBD boleh diakses oleh ibu bapa secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu” tambahnya.

KPM turut menyebarluaskan Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi Ketiga kepada semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah rendah melalui penganjuran bengkel dan latihan.

Agenda reformasi pendidikan yang disediakan KPM untuk meningkatkan kualiti pendidikan demi manfaat kepada semua murid.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Insiden melibatkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan. Memetik laporan Bernama, perkara itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd