Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Lancar HIMS, Pantau Perkembangan Projek Perumahan Semasa Secara Digital

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir telah melancarkan Housing Integrated Management System (HIMS), hari ini.

KPKT lancar Housing Integrated Management System (HIMS)

Menerusi kenyataan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), HIMS merupakan sistem pengurusan setempat (one-stop centre) bagi pelesenan pemaju perumahan swasta dan permit iklan dan jualan, pengemaskinian status projek perumahan semasa sehingga janaan Perjanjian Jual Beli secara atas talian (e-SPA).

Akmal Nasrullah berkata, ia membolehkan kerajaan memantau projek perumahan dan semua modul tersebut adalah berasaskan kepada prosedur dan pematuhan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].

Dalam pada itu, beliau menyatakan perkembangan HIMS mendapat sambutan diluar jangkaan dalam tempoh 21 bulan ia beroperasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini perkembangan HIMS diluar jangkaan kerana dalam tempoh 21 bulan mula beroperasi, ianya telah berjaya diintegrasi dan berkongsi data dengan lima agensi kerajaan dan swasta yang terlibat  dalam rantaian hartanah dalam negara.
“Syarikat pemaju hartanah pertama yang telah kita berjaya integrasi adalah Gamuda Land Sdn. Bhd,” katanya.

KPKT lancar HIMS

Beliau turut menyatakan KPKT akan meneruskan kerjasama strategik bersama agensi swasta iaitu IFCA MSC Bhd, TRB Venturs Sdn Bhd, PropertyGuru(M) Sdn Bhd, agensi kerajaan dan pemajuan hartanah yang lain.

Peroleh data berkaitan perkembangan projek perumahan

Tambah beliau, tujuan perkenalan HIMS ini adalah untuk memastikan data berkaitan maklumat projek perumahan berlesen dikemaskini secara ‘real-time’.

Ini dapat memudahkan pengurusan jualan hartanah, tinjuan pasaran hartanah yang dibuat secara telus selain membolehkan bakal pembeli mendapatkan maklumat yang tepat.

KPKT lancar HIMS

Selain itu, KPKT juga menyatakan hasrat agar industri perbankan terlibat sama untuk menjayakan inisiatif pendigitalan yang diperkenalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ia dapat memastikan ketelusan dalam proses pembelian rumah terutama proses pembelian rumah sehingga pinjaman perubahan menerusi atas talian.

Dapat sokongan kerajaan Sarawak

Difahamkan, Kerajaan Negeri Sarawak turut menyokong untuk menjalinan kerjasama integrasi sistem HIMS bersama sistem kawal selia pemajuan perumahan swasta di negeri berkenaan.

“Usaha kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan swasta ini secara tidak langsung menjadikan HIMS kelak sebagai platform pengumpulan data perumahan secara menyeluruh supaya polisi perumahan yang digarap berasaskan fakta dan data yang diyakini,” kata kenyataan.

Sementara itu, Akmal Nasrullah turut berkongsi status kemaskini pencapaian Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST).

Menerusi data yang dipersembahkan, sebanyak 256 projek perumahan swasta telah berjaya dipulihkan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan, Sijil Kelayakan Menduduki, atau bertukar status lancar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM23.37 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, sebanyak dua projek perumahan swasta terbengkalai di Taman Putra Perdana dan Taman Villa Murni (Lot 927), Sepang, Selangor,  juga telah berjaya diselesaikan.

KPKT juga komited  untuk menambah baik ekosistem perumahan negara demi melindungi kepentingan pembeli.

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Spotlight

Majalah Forbes Korea mendedahkan senarai 40 Power Celebrity 2024, bagi senarai selebriti bayaran tertinggi yang dipilih oleh Forbes di Amerika Syarikat. Foto: Forbes Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd