Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPDN Serbu Kilang Proses & Simpan Ubat Batuk Tiruan Di Mantin

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan-bahan mentah serta botolbotol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023 lalu.

Operasi dibuat selepas risikan selama 3 bulan

Operasi bersepadu yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah hasil daripada aduan yang diterima serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KKM selama tiga (3) bulan sebelum serbuan.

kilang ubat batuk tiruan

Ditemukan 10,000 botol ubat batuk tiruan

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 10,000 botol ubat batuk yang telah siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk di dalam mesin pengadun, kenderaan dan beberapa peralatan lain yang digunakan bagi tujuan memproses ubat batuk yang menggunakan jenama ubat batuk terkenal yang disyaki tiruan.

Kesemua bahan-bahan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM236,516.00. Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang individu wanita, warga tempatan yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit, berumur 38 tahun untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815].

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika disabitkan kesalahan, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, denda boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu.
Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya pula, mereka akan didenda tidak melebihi RM30,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, denda boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.
Manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000.00 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya,” ujar KPDN.

kilang ubat batuk tiruan

 

Syarikat juga disiasat atas kesalahan pengubahan wang haram

Dalam pada itu, syarikat berkenaan juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan cap dagangan.

Hasil tindakan awal, sebanyak 56 akaun telah dibekukan melibatkan sembilan (9) entiti di mana empat (4) daripadanya merupakan akaun syarikat manakala selebihnya lima (5) akaun individu dengan keseluruhannya berjumlah RM10.68 juta.

Selain itu, dua (2) bangunan industri/ kilang di kawasan perindustrian ringan yang dijadikan tempat pemprosesan telah disita dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak RM2.6 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

kilang ubat batuk tiruan

Disamping itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366]. Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta 366, pihak yang berkaitan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti memproses dan menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah, terutamanya berkaitan barangan ubat-ubatan seumpama ini kerana boleh mengancam keselamatan pengguna.

Pengguna juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati terutamanya apabila membeli ubat-ubatan sama ada di premis fizikal atau secara dalam talian agar tidak mudah terpedaya selain tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kerugian dan menjejaskan kesihatan pengguna itu sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd