Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Konsert Artis Indonesia, Seventeen & Sabyan Di KL Sabtu Ini Ditunda

Konsert artis Indonesia, Sabyan dan Seventeen yang sepatutnya berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 15 Oktober ini ditunda ke bulan depan.

Memetik laporan BH Online, wakil penganjur, RR Brothers Studio iaitu Jimmy Edward berkata, penangguhan tersebut berikutan tempoh persediaan yang agak singkat.

Selain itu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang mungkin diadakan dalam masa terdekat juga menjadi faktor konsert itu ditangguhkan.

“Faktor masa dan durasi persediaan pendek, diikuti PRU-15 yang dijangka berlangsung tidak lagi menyebabkan kami membuat keputusan menangguhkan konsert hingga bulan depan.
“Tarikh baharu konsert akan diumumkan kelak. Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan berterima kasih kepada media yang menghebahkan konsert ini,” katanya.

Difahamkan, penampilan Sabyan yang popular menerusi lagu Deen Assalam serta Seventeen dengan lagu Kemarin bersesuaian dengan pasca sambutan Maulidur Rasul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Seventeen dijangka akan memperkenalkan anggota baharu selepas hampir semua ahli asal terkorban dalam kejadian tsunami di Tanjung Lesung, Indonesia pada 2018.

Sumber: BH Online (Oleh Serimah Mohd Sallehuddin)

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila nama pelawak Indonsia iaitu Daus Mini didakwa curang belakang isterinya, Shelvie Hana Wijaya. Pun begitu, segalanya berubah...

Lokal

Kumpulan Bunkface mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani buat kali pertama dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala...

Sukan

Pemain badminton Indonesia, Syabda Perkasa, 21, dilaporkan meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan yang berlaku di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin. Tragedi...

Spotlight

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum ini dilaporkan semakin sihat. Menurut laporan BH Online, namun...

Advertisement