Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kongsi Realiti Golongan OKU, Individu Luah Banyak Kemudahan Susah Digunakan

Tular di media sosial satu video yang seorang individu kongsi realiti golongan orang kurang upaya (OKU) yang terpaksa menghadapi kesukaran ketika melintas jalan raya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, @braderwheelchair telah memuat naik satu video memaparkan beberapa orang individu OKU terpaksa bergelut ketika melalui lintasan belang bersebelahan dengan bangunan berkembar KLCC.

@braderwheelchair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku

♬ Very Sad – Enchan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Video kali ini aku nak tunjukkan dan tegaskan betapa pentingnya setiap kemudahan OKU diaudit oleh pengguna kerusi roda yang aktif,” katanya.

Dalam pada itu, @braderwheelchair atau Izhar berkata ramai OKU yang menggunakan kerusi roda tersekat ketika melintas jalan kerana laluan pembahagi jalan mempunyai step atau permukaan tinggi.

Artikel lain: Beli Kad Pengenalan Palsu, Suami Isteri Kerja Sejak 10 Tahun Lalu Ditahan

“Untuk info korang, laluan kerusi roda tak boleh ada step ataupun tak boleh tinggi. Kena rata je.
“Walaupun pada mata, ketinggian dua tiga inci je. Korang kena tahu, sekecil-kecil halangan sebesar-besar rintangan kami yang berkerusi roda ni perlu hadapi,” luahnya.

Izhar juga berharap agar pihak berkuasa lebih peka dengan kesusahan rakyat disamping mengambil tindakan seperti menaiktaraf fasiliti golongan OKU.

“Pihak yang bertanggungjawab, lihat keadaan ini biar sampai ke hati. Bila dah ada fasiliti untuk golongan OKU ni, janganlah umpama ‘hanya lepaskan batuk di tangga’.
“Untuk jadikan Malaysia negara maju, bukan hanya dengan bangunan yang mencakar langit. Tapi, kemudahan untuk OKU juga perlu diperbaik juga,” katanya.

Individu kongsi realiti golongan OKU

Pada ruangan kapsyen pula, Izhar turut meluahkan perkara tersebut merupakan keadaan yang golongan sepertinya terpaksa hadapi setiap kali keluar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yang masih kurang kemudahan untuk OKU.
“Yang mana ada kemudahan kebanyakkannya tidak mengikut spec yang betul,” luahnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan Izhar disamping berkata pernah berhadapan dengan masalah yang sama.

Saya kena wheelie kerusi roda anak saya….

Stroller anak pun sangkut

Dekat Bukit Bintang, yang ada kaki pun susah nak lintas

Tandas OKU susah nak kunci

Memang perlu cakna pasal isu ni

Alamak, memang nampak susah untuk dorang lalu penghadang jalan tu sampai orang terpaksa tolong tolakkan.

Sumber: TikTok @braderwheelchair

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd