Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKR, MOT Dan KPKT Jalin Kerjasama Demi Atasi Isu Jalan Rosak

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menggerakkan satu jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam mencari titik kerjasama dan kolaborasi untuk pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di Malaysia.

Penglibatan ketiga-tiga kementerian ini adalah kerana saling berhubung kait dan memerlukan sinergi yang padu dalam mengatasi isu keselamatan jalan.

Menerusi satu kenyataan KKR, sesi libat urus itu telah membincangkan jalinan kerjasama rentas kementerian dalam mencari mekanisme terbaik dalam menangani isu kerosakan jalan raya yang terkait di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing dan mekanisma ini akan diperhalusi sebelum tindakan strategik dilaksanakan di bawah payung Program MYJalan, yang diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 24 Ogos 2023.

“Perkara utama lain yang turut dibincangkan dalam sesi libat urus ini termasuklah pengukuhan kerjasama antara kementerian bagi menyelesaikan aduan kerosakan jalan raya yang diterima melalui aplikasi MYJalan, yang bertindak sebagai pemudahcara kepada pengadu dengan menerima semua jenis aduan selaras dengan konsep ‘No wrong door policy’ aplikasi ini.

Foto: Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, sesi libat urus ini amat signifikan dalam memastikan aduan pengguna dapat diselesaikan dengan penglibatan serius pihak – pihak pemilik jalan yang lain demi memastikan keselesaaan dan keselamatan pemanduan rakyat.
“Dalam pada itu, hasil perbincangan di antara KKR, MOT dan KPKT ini turut terarah kepada cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada semua wakil pemilik jalan raya yang akan melaporkan status tindakan penyelesaian bagi aduan secara berkala sekali gus memperhalusi setiap cadangan, isu dan cabaran yang telah dibentangkan oleh wakil setiap kementerian dan agensi pada sesi kolaborasi ini,” katanya hari ini.

Sinergi pelbagai pihak ini membuktikan KKR terus komited dalam memperkasakan dan merakyatkan Program MYJalan sebagai satu agenda bersama di peringkat nasional.

Sejak diluncurkan sehingga 29 Mac 2024, aplikasi ini menerima 13,391 aduan berkaitan pelbagai isu jalan raya dan statistik menunjukkan bahawa 26.51% adalah aduan jalan milik KKR manakala selebihnya iaitu 73.49% milik pelbagai pihak lain.

“Justeru, sesi libat urus ini amat signifikan dalam memastikan aduan pengguna dapat diselesaikan dengan penglibatan serius pihak – pihak pemilik jalan yang lain demi memastikan keselesaaan dan keselamatan pemanduan rakyat,” ujarnya.

Libat urus itu turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook Timbalan Menteri KPKT, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu serta pengurusan tertinggi ketiga-tiga kementerian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd