Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KKM Perhalusi Cadangan CAP Mansuhkan Lesen Kedai Makan Beroperasi 24 Jam

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperhalusi cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya kedai makan tidak boleh beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya perlu mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh terlebih dahulu untuk memastikan isu tersebut dapat dikaji secara menyeluruh melalui syor penyelesaian dengan hala tuju jelas.

Foto: TheBorneoPost

“Kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh KKM dan kerajaan,” katanya.

Beliau juga berkata, dakwaan yang mengatakan operasi kedai makan 24 jam menjadi antara punca utama masalah obesiti di negara ini, harus dibuktikan secara empirikal melalui kajian yang objektif dan menyeluruh melibatkan pelbagai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dikhuatiri kumpulan-kumpulan tertentu seperti petugas barisan hadapan dan sebagainya yang bergantung kepada operasi kedai terbabit berdepan kesukaran jika perkhidmatan tersebut dihentikan secara pukal,” ujar beliau.

Foto: Media Sosial

Dzulkefly turtu mengulas berkenaan cadangan Presiden CAP Mohideen Abdul Kader yang menggesa lesen operasi kedai makan selama 24 jam dimansuhkan berikutan terdapat kajian menunjukkan kesan negatif tabiat makan lewat malam termasuklah peningkatan berat badan, kesukaran tidur dan masalah penghadaman.

“Cadangan penutupan itu tidak dapat menjamin pengguna akan mencari alternatif lain memandangkan ada dalam kalangan mereka mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Mohideen memberitahu bahawa pihaknya sudah lama menyeru larangan kedai makan beroperasi 24 jam sebagai usaha untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

“Penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40% daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti,” katanya.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang menyifatkan gesaan itu sesuai dijalankan mengikut keperluan, lokasi dan gaya hidup masyarakat khususnya di Malaysia.

Sumber: Buletin TV3

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Spotlight

Majalah Forbes Korea mendedahkan senarai 40 Power Celebrity 2024, bagi senarai selebriti bayaran tertinggi yang dipilih oleh Forbes di Amerika Syarikat. Foto: Forbes Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd