Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KK Mart Jalan Satok Pula Dilempar Molotov Cocktail, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart menjadi sasaran keganasan berhubung isu tunjuk perasaan dan kali ini kejadian itu berlaku di Jalan Satok, Kuching, Sarawak.

Menurut satu siaran media pada Isnin, ia dilaporkan berlaku sehari selepas kejadian serangan sama yang berlaku sebelum ini di KK Mart di Kuantan, kali ini menggunakan molotov cocktail.

Foto: Polis Daerah Kuching

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah turut mengesahkan kejadian terbabit dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung isu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis menerima laporan daripada pekerja kedai berusia 25 tahun yang melaporkan bahawa molotov cocktail itu menyebabkan kotak berisi minuman yang diletakkan di lima kaki di hadapan kedai itu terbakar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat mendatangkan kerosakan dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Foto: Utusan Borneo

Ahsmon turut menggesa agar semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi memberi laluan proses undang-undang berjalan lancar memandangkan setakat ini tiada seorang pun pelaku yang dikenal pasti,

Dalam pada itu, beliau turut berpesan sekiranya ada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ceremona Nasim di talian 013-855 4168 atau boleh pergi ke balai polis berhampiran.

Foto: Utusan TV

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol kira-kira jam 5 pagi manakala kejadian kedua, berlaku pada 30 Mac lalu di KK Super Mart Sungai Isap, Kuantan Pahang, pada jam 5.40 pagi.
Sumber: Facebook Polis Daerah Kuching

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd