Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sudah Beri Yang Terbaik Sebagai Jurulatih, Kim Pan Gon Akur Jika Dipecat

Ketua jurulatih pasukan bola sepak Harimau Malaya, Kim Pan Gon akur jika dipecat susulan tekanan besar yang dihadapinya sejak membimbing skuad negara pada Januari 2022.

Memetik laporan dari Berita Harian, bekas pengarah pasukan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) itu mengakui yang dirinya tetap yakin dengan keupayaannya dalam memimpin pasukan dan menyumbang kepada pertumbuhan bola sepak Malaysia walaupun pelbagai cabaran perlu dihadapi.

Akui banyak tekanan dan cabaran dihadapi

Warga Korea Selatan berusia 54 tahun itu percaya bahawa usahanya selama ini  telah menunjukkan dedikasi dan optimismenya dalam membentuk masa depan yang cerah untuk pasukannya.

“Sebagai jurulatih, segala tekanan di bahu saya dari kejohanan demi kejohanan, tetapi percaya saya telah membuktikan dalam dua tahun lepas untuk memberikan yang terbaik kepada bola sepak Malaysia, jadi saya yakinkan diri bahawa kita boleh memberikan perkara terbaik untuk masa depan juga.
“Kadang-kadang ada banyak tekanan tetapi saya perlu atasi, tetapi jika sesuatu berlaku (pecat) itu adalah takdir saya, sebagai jurulatih saya perlu sentiasa bersedia,” katanya.

Kim Pan Gon akur jika dipecat, tapi tetap yakin dengan keupayaan Harimau Malaya

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa keazamannya untuk mengatasi cabaran sekaligus mengekalkan pemikiran yang positif perlu terus dikekalkan agar hal-hal negatif tidak dapat menganggu fokus utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya perlu membuang semua perkara negatif dan ketakutan. Saya perlu kuat dan positif untuk mengendalikan pasukan,” katanya.

Artikel lain: Pan Gon Bertanggungjawab, Salahkan Diri Sendiri Punca Harimau Malaya ‘Bungkus Awal’

Terdahulu, dua kekalahan yang dihadapi Malaysia telah menafikan skuad negara mencipta sejarah dengan layak ke pusingan 16 buat kali pertama yang juga merupakan matlamat peribadi Pan Gon.

Sebelum Piala Asia, Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon mencatatkan 18 kemenangan, empat seri dan lima kekalahan daripada keseluruhan 27 perlawanan dalam semua pertandingan.

Sumber: Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd