Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Khayal Lepas Makan! Wanita AS Dakwa Diperkosa, Tukang Masak Dan Pemilik Homestay Ditahan

Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat (AS) mendakwa dirinya menjadi mangsa perkosa selepas dipercayai ‘dikhayalkan’ ketika menginap di sebuah inap desa di Kutta, Kodagu dalam kejadian awal bulan ini, lapor Hindustan Herald.

Menurut laporan polis, mangsa yang berasal dari Washington tiba di inap desa atau homestay itu pada 12 April lalu dan menginap di kemudahan khemah yang disediakan di kawasan tersebut.

Pada hari sama, dia menghubungi pemilik inap desa memaklumkan dirinya tidak sihat serta mengesyaki makanannya telah dicampur bahan tertentu. Mangsa turut mendakwa dia telah diserang secara seksual ketika berada di dalam khemah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya dilaporkan lima hari kemudian selepas mangsa berada di Mysuru, apabila dia memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Kedutaan AS sebelum membuat laporan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan laporan itu, polis Kodagu bertindak menahan dua individu iaitu tukang masak inap desa berkenaan dan pemiliknya untuk membantu siasatan.

Foto: Hindustan Herald

Sumber memaklumkan, tukang masak terbabit dipercayai mengaku mencampurkan bahan memabukkan ke dalam makanan mangsa sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ponnampet dan kini direman sehingga 3 Mei depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Pihak polis turut menjalankan analisis forensik bagi mengukuhkan bukti dalam kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Kodagu, Bindu Mani mengesahkan bahawa pihak Kedutaan AS telah berhubung secara langsung dengan polis berhubung kes berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa dilaporkan sudah pulang ke Amerika Syarikat pada 25 April dan meminta agar kes tersebut dikendalikan secara berhati-hati.

Kes kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan rogol dan pemberian bahan yang boleh menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Sumber: Hindustan Herald

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd