Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Khairy Jamaluddin Setuju Mansuhkan Pencen Ahli Parlimen, Penjawat Awam

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi sebelum ini yang mencadangkan supaya memansuhkan pencen Ahli Parlimen serta penjawat awam.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Khairy menerusi Podcast Keluar Sekejap di laman Youtube yang mendedahkan kaedah tersebut dapat mengimbangi fiskal negara dengan menukarkannya kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bukan itu sahaja, beliau turut bersedia jika pencen yang dimiliki kini ditukarkan mengikut pembaharuan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

“Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.
“Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi, yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya. GST masih lagi tunggu dan lihat.
“Ketiga, adalah untuk hentikan pencen melibatkan penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menegaskan pelaksanaan tersebut perlu dilakukan dengan segera oleh pihak kerajaan jika tidak mahu memberi kesan kepada kewangan negara.

Mana tidaknya, beliau mendakwa sekiranya perkara ini gagal dihapuskan, kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam tempoh masa 10 tahun akan datang.

Sumber: Youtube @Keluar Sekejap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd