Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kes Terjawab! Lesti Kejora Tarik Balik Laporan KDRT Rizky Billar

Kisah Keganasan Rumah Tangga (KDRT) melibatkan pedangdut terkenal Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sememangnya telah menjadi sorotan media tempatan serta media Malaysia.

Selepas beberapa minggu kisah mereka berlanjutan dan pelbagai khabar angin keluar, akhirnya Rizky Billar telah ditahan sebagai tertuduh oleh pihak berkuasa di Polres Metro Jakarta Selatan.

Rizky Billar ditahan

Hal tersebut dimaklumkan oleh Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan sewaktu sidang media di Polres Metro tersebut yang turut menampilkan Rizky buat kali pertama selepas kes tersebut tular.

Merujuk kepada laporan dari detikHot, aktor sinetron itu sempat menegaskan bahawa isterinya, Lesti Kejora akan mencabut semula laporan berhubung KDRT yang didakwa dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Istri saya mau cabut laporan,” ujar Rizky Billar.

Hadir berbaju oren

Difahamkan, Rizky  telah disahkan sebagai tertuduh dan telah hadir ke muka umum dengan berpakaian berwarna oren.

Peguam Rizky Billar, Hotman Sitompul telah pun melayangkan permohonan supaya selebriti itu tidak ditahan atas kes KDRT kerana hal tersebut memang diperbolehkan.

“Sudah dong (sudah mengajukan surat). Hari ini dong,” ujar Hotma Sitompul.
Ancaman hukuman boleh saja. Alasannya adalah saya harus membela klien saya. Sebagai pengacara, harus mengajukan surat-surat permohonan yang sesuai dengan hukum,” jelas Hotman.

Tarik balik laporan ke atas suami

Terbaru, Lesti telah pun mencabut laporan polis berhubung KDRT yang dialaminya. Menurut sumber, penyanyi itu tidak mendedahkan punca mengapa dia mencabut laporan tersebut.

“Sudah dicabut. Surat pencabutan sudah ditandatangani. Surat sudah dikasihkan langsung,”
Kita hanya menyaksikan. Surat pencabutan tadi di depan saya, kesepakatan mereka berdua. Iya, saya bersama rekan saya,  menyaksikan“ujarnya.

Beberapa gambar Lesti yang turut hadir di lokasi berkenaan juga berjaya dirakam. Difahamkan, penyanyi itu baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga serta anak pertamanya dikenali sebagai Baby L.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: detikHot (Pingkan Anggraini)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd