Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pukul Pemandu OKU: Kenyataan Ketua Polis Negara Bercanggah – Peguam

Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran mengkritik kenyataan Ketua Polis Negara Razarudin Husain berhubung tindakan tatatertib terhadap anggota polis berkenaan kes pukul pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU).

Memetik laporan Malaysiakini, Surendran berkata penjelasan Razarudin bercanggah dan secara asasnya salah, terutama berhubung pendakwaan dua kali.

Kes Pukul Pemandu OKU: Kenyataan Razarudin bercanggah

Foto: Malaysiakini

“Kenyataan terbaru Razarudin membingungkan dan bertentangan. Pada Jumaat, dia kata tindakan tatatertib telah diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam serangan.
“Hari ini, dia kata tindakan tatatertib terhadapnya adalah untuk hal berbeza, tidak berkaitan dengan kes serangan. Seluruh negara diberi tanggapan salah yang tindakan tatatertib adalah untuk kes serangan,” katanya.

Sebelum ini, Razarudin memaklumkan anggota polis tersebut dikenakan tindakan tatatertib iaitu amaran kerana gagal mengisytiharkan harta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Razarudin turut menafikan tindakan tatatertib itu juga bukan kerana kes serangan seperti yang dibayangkan sebelum ini.

Foto: Utusan Malaysia

Jelas Razarudin, tindakan menjalankan siasatan dalaman serta jenayah untuk kesalahan yang sama bersamaan dengan pendakwaan dua kali.

Susulan kenyataan itu, Surendran yang juga mewakili pemandu OKU itu juga berkata pemahaman tersebut adalah salah kerana ia hanya terpakai untuk kesalahan jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan individu tidak boleh dibicarakan dua kali atas kesalahan sama, yang hanya terpakai untuk kesalahan jenayah. Ia tidak melarang inkuiri disiplin dan hukuman peringkat dalaman,” jelasnya.

Tambahnya, dengan kewujudan bukti yang jelas, tugas polis dan pihak pendakwaan adalah untuk mengambil tindakan disiplin dan melakukan pendakwaan jenayah untuk kes itu.

Walaupun Razarudin membangkitkan isu pendakwaan dua kali, Razarudin pada masa yang sama berkata tindakan akan diambil jika anggota itu disabitkan bersalah dalam kes serangan tersebut.

Dalam pada itu, Razarudin juga berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bulan lalu untuk tindakan lanjut.

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pemandu e-hailing Ong Ing Keong memfailkan laporan yang mendakwa seorang polis yang mengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyerangnya di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pada Rabu lalu, Ong dan peguamnya mendedahkan video insiden itu selain membangkitkan kelambatan proses keadilan bagi kes itu.

Sumber: Malaysiakini (Ili Aqilah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Lokal

Isteri kepada seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan telah meninggal dunia di Tumpat, Kelantan, sekitar jam 9 malam tadi. Menurut laporan Buletin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd